Beberapa hari lepas industri hiburan di Korea Selatan digemparkan dengan satu insiden yang telah mengganggu ketenteraman ramai penonton termasuk barisan artis K-pop yang menghadiri ke Anugerah Muzik Hanteo 2024 di Dongdaemun Design Plaza, Korea Selatan di mana bau busuk muncul secara tiba-tiba.
Disebabkan itu, ramai penyanyi dan penonton terpaksa menekup hidung serta mulut menahan bau busuk najis itu sehingga persembahan selesai. Dapat dilihat menerusi platform X yang menunjukkan orang ramai menutup hidung dan ada yang tak tahan rasa mual ketika memberikan ucapan.
Artikel berkaitan : Isu Janna Nick Hina Artis Kpop: Netizen Dakwa Pelajar Malaysia Di Korea Kena Remove Dari ‘Group’ Belajar?
Artikel berkaitan : “Merepek je”- Red Velvet & MAMAMOO Antara 4 Kpop Star Yang Akan Dibubar Tahun Depan?
Ia telah mengundang pelbagai reaksi orang ramai dan difahamkan perkara itu hanya disedari selepas para penonton yang berada di bahagian berdiri terhidu bau busuk sebelum memanggil pengawal bertugas untuk memeriksa.
Berikutan dengan kehangatan isu yang diperkatakan ini, ia telah membuatkan pelaku yang menjadi punca insiden bau busuk itu tampil memberi kenyataan dan membuat permohonan secara terbuka. Dia bersedia untuk menanggung segala kos mendobi terhadap mana-mana pihak yang terkena najisnya itu.
“Saya adalah orang yang membuang air besar di dalam seluar di Anugerah Muzik Hanteo. Saya menyedari bahawa ramai orang telah menderita kerana saya semasa saya melihat melalui Twitter.”
한터 똥 스탠딩 화장실
안녕하세요 한터차트 공연장에서 바지에 변을 본 본인입니다.. 트위터를 보며 저때문에 많은 분들이 힘듦을 겪으셨음을 알게되었습니다. 많은 분들께 불편함을 안겨드려 죄송합니다. 오늘 일 되새기며 반성하겠습니다. 다시 한 번 좋은 날 죄송합니다.
— 삼수녀 (@Sunyeo511698Vip) February 18, 2024
Saya minta maaf kerana menyusahkan ramai orang. Saya akan mengingati kejadian hari ini dan saya minta maaf sekali lagi kerana merosakkan hari yang baik.”
“Sekiranya najis saya terkena pada pakaian anda, tolong hubungi saya di ruang mesej dan saya akan bayarkan kos mendobi.”
Aduhai malunya, kalau min memang tak berani nak mengaku, tapi tindakan dia ni bagus la, mengaku bersalah.
Sumber : X