Bulan Ramadan ini buah kurma merupakan antara makanan yang sangat sinonim dengan bulan puasa, malah kita disunatkan untuk berbuka dengan beberapa biji buah dari timur tengah itu.
Pun begitu, kadangkala ada yang makan kurma ini dan tiba-tiba terasa gatal di tekak dan ada juga yang perutnya menjadi sedikit tidak selesa.
Perkongsian daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia menerangkan punca badan anda mempunyai reaksi yang sebegitu dalam laman Facebook mereka.
Difahamkan, buah kurma yang dibeli perlu dibasuh dahulu kerana ia mungkin mengandungi pasir dan kekotoran ketika dalam proses mengimport.
“Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan pada pembeli, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci. Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.”
Dalam posting Facebook itu juga, anda disarankan untuk merendam kurma di dalam air garam selama 5-10 minit dan ditoskan selepas itu, bilas semula dengan air biasa dan toskan. Elok juga selepas itu dijemur di bawah cahaya matahari untuk mendapatkan kurma yang lebih juicy.
Lepas ni, jangan ambil mudah ok?
Baca: “Real heroes” – [VIDEO] Doktor Berbuka Dengan Hanya Kurma Walaupun Sibuk Bertugas Buat Netizen Kagum