in

Batal Booking Jemaah Saat Akhir, Pensyarah Dedah Taktik Kotor Hotel Di Arab Saudi ‘Main Harga’

Hotel Di Makkah Madinah Naik Harga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak sempadan negara kembali dibuka selepas kes Covid-19 makin menurun, ramai yang mengambil kesempatan ini untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Walau bagaimanapun, kos hotel di Makkah dan Madinah baru-baru ini katanya makin meningkat dan ia telah membangkitkan keresahan jemaah umrah di negara kita.


Oriumrahs 1663056380

Bakal jemaah juga telah diminta untuk bersiap sedia sekiranya dimaklumkan berlaku kenaikan harga pakej umrah oleh agensi pelancongan masing-masing pada saat-saat akhir sebelum berlepas ke Tanah Suci, lapor Harian Metro.

“Pihak hotel main harga hingga sanggup batalkan booking” 

Perkara yang sama juga telah didedahkan oleh pensyarah Fiqh Fatwa Semasa, Pusat Kajian Syariah yang juga Timbalan Dekan (Jaringan & Alumni) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff.

Menerusi postingnya di Facebook, dia mendedahkan taktik kotor pihak pengurusan hotel di Arab Saudi yang didakwa ‘main harga’ hingga sanggup batalkan booking hotel di saat akhir bagi mengambil harga tawaran yang lebih lumayan dan tinggi.

https://www.facebook.com/drmohdizharariff/posts/pfbid02QDRQECTug7PCsTsM8bAT8uNupvvZnsqzcSAxmqevYktWumrSSMiq1m8HCoph6ZbNl

 

Makin melampau lagi apabila booking diambil daripada travel cash total kos, tapi apabila jemaah semua telah sampai, mereka ubah perjanjian dan tukarkan jemaah ke hotel lain yang tidak menepati apa yang dijanjikan. 

“Teruk betul pengurusan perhotelan di Arab Saudi sekarang! Mereka jadi sombong sebab tahu market tetap ada walaupun jemaah kena TIPU setiap hari. 

“Akhir kata, semoga kita jumpa di akhirat kelak wahai Pak Arab,” katanya.

Posting yang dimuat naik Dr Mohd Izhar ini telah mendapat lebih 10,000 likes dan lebih 900 komen yang mana rata-rata netizen meluahkan masalah yang dihadapi masing-masing ketika mengerjakan umrah di tanah suci.

Ramai yang mengakui telah ditipu pihak hotel dan ada yang terpaksa tambah wang demi mendapatkan hotel yang diinginkan.

Hotel Saudi Arabia

Harga hotel di luar kawalan kerajaan 

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata, perkara tersebut berada di luar kawalan kerajaan dan pihak mereka memahami beban yang bakal dialami para jemaah.

Bagaimanapun, saya mengharapkan agensi umrah dapat mempertimbang ruang dan kaedah terbaik supaya kenaikan kos keseluruhan yang dikenakan tidak melampau sehingga membebankan bakal jemaah,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Peningkatan harga hotel itu juga menyebabkan harga pakej umrah yang sudah ditetapkan oleh segelintir agensi pelancongan terpaksa dinaikkan pada saat akhir.

Baca: Lelaki Akhirnya Tiba Di Makkah Untuk Tunaikan Haji, Selepas 11 Bulan Berjalan Kaki Dari UK

Makkah

Sumber: NST
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.