in

Basuh Pinggan ‘Celup-celup’ Dalam Tong Sampah, Netizen Geli Tengok Restoran Ni Tak Jaga Kebersihan

Basuh Pinggan Celup Dalam Tong Sampah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak makan di sebuah restoran, perkara pertama yang pelanggan tengok pastinyalah kebersihan restoran tersebut. Pinggan mangkuk tak berminyak dan sudu serta garpu sentiasa berkilat dan bersih daripada kekotoran.

Namun perkara ini tidak diamalkan oleh semua restoran dan baru-baru ini, tular rakaman memaparkan seorang pekerja restoran membasuh pinggan dengan cara ala kadar di belakang kedai.


Artikel berkaitan: “Kesian budak-budak” – Netizen Jijik Tengok Meja Kantin Sekolah Kotor Melampau

Artikel berkaitan: Gara-gara Lantai Tandas Sekolah Terlalu Kotor, Ada Pelajar Sanggup ‘Tahan Lapar’ & Makan Di Rumah

Basuh pinggan celup-celup dalam tong sampah

Menerusi video yang tular di X, kelihatan seorang individu yang didakwa pekerja sebuah restoran di Taman Botanik, Klang sedang mencelup pinggan di dalam dua buah tong sampah berwarna hijau.

Dalam posting yang sama, dipaparkan keadaan di dalam kedua-dua tong sampah berkenaan yang dipenuhi air minyak dan sisa makanan yang sangat kotor. Euw! 

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila video ini dirakam dan sama ada pihak berwajib sudah mengambil tindakan sewajarnya atau tidak berkenaan hal tersebut.

Rata-rata netizen yang melihat video ini merasa geli dengan tindakan pekerja kedai itu dan menasihatkan pelanggan untuk berhati-hati jika makan di luar.

Gila Kotor

Aish geli betullah! Semua nak makan tu, pastikanlah restoran tersebut benar-benar bersih. 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.