in

Based On True Story! Ini 4 Kisah Paling Seram Dalam Sejarah, Fiksyen Pun Kalah

Untitled Design 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang tak dinafikan, ramai antara kita termasuk min sekali minat dengan cerita bergenre seram yang boleh buat kita tak nyenyak tidur malam walaupun kita tahu ia hanyalah cerita rekaan sahaja.

Tapi kalau korang betul-betul berani, cuba korang baca cerita-cerita seram dekat bawah ni. Sebab, bukan sahaja cerita ni cerita betul, tapi lagi seram dari filem yang kita pernah tonton. Confirm buat bulu roma korang berdiri!


1. Raksasa Enfield

Enfield

 

Kisah pertama ni berasal dari Enfield, England yang berlaku pada tahun 1973. Semuanya bermula apabila dua orang anak McDaniel mengadu telah ternampak satu makhluk yang pelik sedang mengintai-intai untuk masuk ke dalam rumah mereka.

Pun begitu, McDaniel menganggap aduan tersebut cumalah sebahagian daripada imaginasi anak-anaknya. Tapi segala-galanya berubah apabila McDaniel terjaga dari tidurnya selepas mendengar bunyi cakaran ganjil di luar rumahnya.

Artikel berkaitan : 3 Kisah Seram Hospital Yang Dikongsi Oleh Jururawat Ni Memang ‘Creepy’ Habis!

Ketika dia keluar untuk periksa, lelaki ini telah melihat satu makhluk menyerupai bentuk badan manusia namun mempunyai tiga kaki dan mata berwarna merah jambu sebesar lampu suluh di celah semak samun luar rumahnya.

McDaniel terpaku apabila makhluk tersebut tiba-tiba melompat setinggi 80 kaki sebelum dia tersedar dan menembak makhluk itu sebelum ia menghilang disebalik tambak kereta api.

Ketika pihak polis tiba, mereka hanya menemui kesan tapak kaki seekor anjing dan tak nampak apa-apa bukti pelik seperti yang diceritakan oleh McDaniel.

Sampai sekarang, tak ada sebarang penjelasan mengenai penemuan seram ini walaupun ramai kata dorang ada ternampak raksasa Enfield ini ketika memburu. Ish apa benda agaknya tu?

2. Operation Jiwa Yang Merayau

Vietnam

 

Untuk kisah seram ni pula berlaku semasa Peperangan Vietnam. Kisah ini agak unik disebabkan operasi ini merupakan strategi peperangan secara psikologi yang digunakan  oleh tentera U.S. terhadap pihak tentera Vietnam.

Artikel berkaitan : Meremang! 10 Kisah Seram Universiti Awam Yang Confirm Korang Pernah Dengar

Dalam budaya masyarakat Vietnam, mayat yang tidak dikebumi secara betul akan menjadi jiwa yang sesat dan merayau-rayau untuk mencari jalan pulang. Oleh itu, pihak U.S. mengambil kesempatan ini untuk menimbulkan ketakutan kepada tentera Vietnam.

Caranya, tentera U.S. membuat satu rakaman palsu yang berbunyi pelbagai rintihan dan dimainkan dalam hutan untuk menggentarkan pihak musuh. Ramai askar Vietnam berada dalam ketakutan tau bila terdengar tangisan yang dipercayai daripada jiwa yang sesat.

Tambahan lagi, kebanyakan daripada rakaman itu dibantu dengan suara daripada sekutu Vietnam Selatan yang meminta-minta askar pihak lawan untuk menyerah kalah.

3. Peristiwa UFO Berkshire 1969

Images

Kali ini kita beralih pula ke Berkshire, Amerika Syarikat di mana penampakan UFO pertama direkodkan berlaku di sini. Min beritahu ini bukan seram level hantu, tapi seram dengan makhluk asing tau.

Peristiwa ni terjadi pada tahun 1969 di mana ramai saksi mengatakan bahawa mereka ternampak sebuah kapal berbentuk cakera sedang berlegar-legar di langit pada waktu malam. Lagi menyeramkan, kebanyakan daripada mereka terasa seperti hilang dalam masa sepanjang kejadian tu berlaku.

Salah seorang saksi, Thomas Reed berkata keadaan ketika tu sangat senyap tanpa ada satu bunyi langsung. Tak lama lepas tu, tiba-tiba bunyi cengkerik dengan katak terus membingitkan suasana. Kalau jadi pada min, dah lama min cabut lari masuk dalam rumah.

Walaupun ada saksi yang ramai, namun penduduk di situ memutuskan untuk tutup cerita-cerita pasal UFO ni  daripada orang ramai.

4. Nombor Telefon Maut

Call

Kisah yang terakhir ni pasti menakutkan korang kerana telefon adalah gajet yang kita semua selalu guna. Tapi jangan risau, kisah ni berlaku di Bulgaria di mana salah satu nombor telefon berdaftar di negara tu dikatakan mempunyai sumpahan dan nasib buruk.

Kalau korang nak tahu, nombor tu ialah, 0888-888-888. Nampak macam tipu tapi, sekurang-kurangnya tiga orang yang pernah memiliki nombor tu telah mati dalam jangka masa lima tahun je.

Mangsa pertama, Vladimir Grashnov, seorang CEO sebuah syarikat telefon bimbit mati disebabkan kanser pada tahun 2001. Mangsa kedua pula, Konstantin Dimitrov, seorang ketua mafia telah ditembak mati ketika usia 31 tahun. Yang ketiga pula, Konstantin Dishliev juga telah ditembak mati.

Ada pendapat mengatakan kematian mangsa-mangsa ni tidak ada kaitan dengan nombor telefon itu. Namun, yang pastinya nombor telefon maut ni telah ditamatkan tapi, kisah seramnya masih hidup sehingga sekarang!

Sumber: ati

Sumber: THE PAST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.