fbpx
in

Baru Timang Anak Ke-10, Ahli GISBH Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Mengugut Seorang Wanita

Ahli Gisbh Ikat Jamin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, seorang ahli Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) mengaku tak bersalah di Mahkamah Majistret Putrajaya atas pertuduhan mengugut seorang wanita untuk menarik balik laporan polis terhadap syarikat itu awal bulan ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Riza Makar, 39, yang juga suami kepada tiga orang isteri dan 10 anak, didakwa mengeluarkan ugutan kepada wanita itu yang berbunyi:


Kita tunggu, kita tahu dekat mana rumah, suami, dan keluarga” 

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Osman berhujah bahawa perbuatan tersebut dilihat sebagai ada pihak yang menganggap undang-undang boleh diperlekehkan dan ugutan tertuduh memberi anggapan dia boleh selesaikan isu itu dengan mudah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, ia jelas menunjukkan OKT (Orang Kena Tuduh) tidak menghormat undang-undang yang digubal bagi menjaga kepentingan, bukan saja kepentingan individu, tetapi masyarakat awam yang taat kepada undang-undang.

“Ugutan yang dibuat terhadap pengadu setelah pengadu membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan, dan mendapat liputan media, wajar mengimbangi jaminan yang dikemukakan untuk kes ini,” katanya di Majistret Ahmad Afiq Hasan.

Artikel berkaitan: 10 Tahun Kerja Tapi Tak Pernah Dapat Gaji – Bekas Pekerja GISBH

Artikel berkaitan: Akui Kes L*wat Terpencil, Pengarah Eksekutif GISB Holdings Nafi Tomahan Lain

Mohon belas kasihan kurangkan ikat jamin, baru timang anak ke-10

Pihak pendakwaan memohon agar nilai ikat jamin terhadap tertuduh ditetapkan pada kadar RM30,000 dengan dua penjamin tempatan, dengan syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Walau bagaimanapun, Mohamad Riza yang diwakili peguam bela Zulfikri Ulul Azmi memohon belas kasihan mahkamah kerana dia hanya berpendapatan sekitar RM4,000 dan perlu tanggung keluarga yang besar.

Whatsapp Image 2024 09 18 At 9.03.52 Am 681X511 1

Saya memohon untuk dikurangkan jaminan kerana isteri saya baru saja melahirkan anak (ke-10), tak sampai lagi sebulan, pendaftaran kelahiran pun belum lagi saya buat. 

“Memandangkan ketika ini waktu cuti sekolah, saya kena berhadapan dengan 10 orang anak, saya kena sediakan duit atau dana untuk buat aktiviti dan persiapan persekolahan yang akan datang.

“Jadi, saya mohon merayu untuk diringankan,” katanya.

Walau bagaimanapun, setelah mendengar hujah kedua-dua belah pihak, Majistret memutuskan ikat jamin Mohamad Riza ditetapkan pada kadar RM10,000 dengan seorang penjamin, selain membenarkan syarat tambahan yang dipinta pihak pendakwaan.

Sebutan kes ditetapkan pada 18 Oktober depan.

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top