in

Baru Tiba Dari Jeddah, Ebit Lew Terus Buat Laporan Polis Kes Fitnah Melampau Ke Atas Dirinya

Ebit Caprice Buat Laporan Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah terkenal, Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew telah membuat laporan polis susulan fitnah yang dibuat ke atas dirinya dalam satu program podcast kendalian penyanyi rap dan aktivis kemanusian, Caprice.

Menerusi perkongsian di Facebook pendakwah tersebut, Ebit memaklumkan bahawa dia yang baru tiba dari Jeddah telah membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8 dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan lanjut.


Artikel berkaitan: Ramai Dakwa Sengaja Reka Cerita, Caprice Dedah Perbualan Mondy Dengan Bodyguard Pendakwah Terkenal?

Artikel berkaitan: [VIDEO] Muat Naik Teaser Podcast Dengan Mondy, Netizen Persoal Caprice Boleh Percaya Ke?

Ebit 1 1

379929081 6591495337635360 7734884477088748980 N

Baru sampai dari Jeddah jam 12 malam tadi dan terus ke balai polis membuat laporan mengenai fitnah yang teramat melampau serta langsung tidak berasas ke atas diri saya.

Saya serahkan pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

“Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Posting berkenaan mendapat pelbagai komen netizen yang mendoakan semoga urusan pendakwah berkenaan dipermudahkan dalam melawan fitnah yang berleluasa.

Doa Ustaz

Terdahulu pada 11 September lepas, Caprice menerusi Instagram memuat naik video podcast bersama Mondy Tattoo yang didakwa mendedahkan ‘cerita sebenar’ di sebalik bantuan yang diterima daripada Ebit Lew.

Apa-apapun kita tunggu kenyataan selanjutnya daripada pihak polis. 

Sumber: Facebook

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.