in

Baru Terima Hibah RM1 Juta, Isteri Tak Tahu Keluarga Mentua Menang Tukar Wang Pampasan Kepada Faraid

hibah rm1 juta jadi faraid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayang tanpa mengharap sebarang bentuk balasan. Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris.

Ramai memahami semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid.


Bagaimanapun, segelintir daripada kita mungkin belum sedar bahawa hibah sebenarnya terbahagi kepada beberapa jenis, tidak bersifat mutlak dan masih boleh dicabar di mahkamah.

Artikel berkaitan: “Untuk agihkan pada Fatimah” – Fattah Amin Ubah Penama Hibah Takaful Kepada Ibunya

Artikel berkaitan: Hilang Hak Atas Harta Suami Lepas Meninggal, Ini 5 ‘Sengsara’ Para Isteri Perlu Ready

Isteri baru terima hibah RM1 juta tapi wang dituntut keluarga mentua

Isu ini yang menjadi perbincangan hangat di media sosial mengenai satu kes hibah takaful yang berlaku baru-baru ini.

Kes ini melibatkan seorang peserta takaful yang meninggal dunia, meninggalkan polisi takaful bernilai RM1 juta yang telah dihibahkan kepada balunya.

Pada awalnya, proses tuntutan itu berjalan lancar dan semuanya selesai hanya dalam tempoh seminggu.

Namun, ahli keluarga peserta tidak berpuas hati dengan pengagihan tersebut dan membawa perkara ini ke Mahkamah Tinggi Syariah. Bagaimanapun, keputusan itu berpihak kepada si balu.

Disangkakan kes ini hanya sampai di sini sahaja. Keluarga mentua kemudian mencabar keputusan itu di Mahkamah Tinggi Sivil dan mahkamah akhirnya memutuskan bahawa hibah tersebut tidak sah, menyebabkan manfaat takaful tersebut tidak diberikan kepada penerima asal seperti yang dihasratkan oleh si mati.

500767506 1131468592352396 219008061151867867 n501539245 1131468409019081 4583344910393308066 n

Keseluruhan hibah yang sepatutnya diterima oleh si balu dibatalkan dan diperintahkan untuk diagihkan semula mengikut hukum faraid. Susulan keputusan itu, balu hanya menerima 9 daripada 81 bahagian.

Apa yang mengejutkan, keputusan itu dibuat tanpa kehadiran balu sebagai responden. Difahamkan, si isteri tidak tahu menahu langsung mengenai kes itu sehingga keputusan dibuat.

Isu yang dikongsikan ini membuka mata orang ramai bahawa hibah takaful tidaklah kebal daripada cabaran undang-undang, terutamanya jika terdapat pihak yang merasakan hak mereka terjejas.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.