in

“Baru tahu!”- Troli di KLIA Direka Sangat Unik, Boleh Naik Turun Eskalator

1Troli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak bercuti ke luar negara, mesti kita akan bawa banyak barang dan letak dalam beg. Kadang-kadang tu, beg saja dah banyak, nak bergerak pun susah. Lagi-lagi kalau dekat lapangan terbang, jenuh nak sorong atau galas beg ke hulur-hilir.

Sebenarnya solusi mudah untuk bergerak di airport dengan beg yang banyak dah ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Guna troli je, siap boleh naik turun eskalator tau. Tak percaya? Korang tengok tweet @kuriels kat bawah ni.


Baru tahu!

Rata-rata netizen terkejut dengan kemampuan troli di KLIA seperti video di atas. Siapa sangka troli bagasi tu sebenarnya boleh naik turun eskalator tanpa ada masalah apa-apa. Lepas ni tak payah tunggu lif dah, sorong je troli tu naik eskalator.

Boleh tengok video YouTube ini untuk lebih faham tentang troli bagasi ini.

Rata-rata netizen juga terkejut kerana ramai yang baru mengetahui tentang troli ini yang boleh dibawa naik eskalator.

Screenshot 2022 09 10 At 11.15.40 Am

Itu lah kan, jenuh nak heret luggage naik eskalator. Kalau ringan tak apa lah juga, ni berat kot. Baik letak atas troli je.

Screenshot 2022 09 10 At 11.15.55 Am

Lepas ni kalau pegi KLIA mesti nampak ramai orang beratur tolak troli nak naik atau turun eskalator. Masing-masing mestilah nak cuba kan. 

Screenshot 2022 09 10 At 11.16.08 Am

Seingat min, eskalator dekat KLIA tak ada tiang depan eskalator macam dekat mall tu. Maknanya boleh lah sorong terus troli naik atau turun eskalator tanpa halangan.

Screenshot 2022 09 10 At 11.16.35 Am

Rupanya troli kat KLIA pun boleh buat. Min tengok video tu pun dah kagum, tak sabar nak try buat sendiri nanti.

Sumber: YouTube

Baca: Mengikut Sains, Ini 6 Sebab Kenapa Manusia Malas Kembalikan Semula Troli Pasar Raya Ke Tempat Asalnya

Screenshot 2022 09 10 At 11.25.48 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.