in

Baru Tahu! Rupanya Ada Jambatan Malaysia Di Korea Selatan, Ini Kisah Disebalik Pembinaannya

Feature 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hubungan diplomatik dengan negara luar ni memang banyak manfaatnya. Memandangkan ramai yang mungkin tak tahu tentang hubungan baik di antara negara kita, Malaysia dengan Korea Selatan, jadi kali ini admin nak kongsikan fakta menarik tentang negara Hallyu ini.


Untuk pengetahuan semua, ada sebuah jambatan menarik di Paju, Korea sebab ianya dibina dengan kerjasama kerajaan Malaysia, lapor The Sun.

Jambatan 1

Jambatan ini dikenali sebagai Ma-raysia-gyo (Jambatan Malaysia) dalam kalangan penduduk setempat. Pada tahun 1966, sebuah jambatan telah dibina di Paju, wilayah Gyeonggi setelah negara kita menyumbangkan 5,000 dolar Malaya (kira-kira RM28,000 pada hari ini) kepada Korea Selatan.

Malaysia BridgeThis bridge is the symbol of friendship between Korea & Malaysia. But now unfortunately this bridge is…

Posted by Halal Korea on Wednesday, July 11, 2018

 

Difahamkan, pada ketika itu, sebahagian daripada Korea telah musnah akibat banjir.

Jambatan 2

Walaupun pada hari ini negara Korea boleh dikatakan lebih maju berbanding kita, jambatan tersebut kekal menjadi simbolik hubungan baik di antara kedua-dua negara.

Tahun lalu, YouTuber terkenal, Blimey juga pergi ke lokasi berkenaan untuk melihat sendiri jambatan ini.

Dalam video tu, YouTuber tersebut ada menemu ramah beberapa penduduk di situ. Katanya, sebelum jambatan itu dibina, dorang terpaksa berjalan di tempat berbatu untuk merentasi kawasan itu. 

Pada zaman itu juga, ada penduduk yang menceritakan yang mereka tak dapat ke sekolah kalau hari hujan sebab kawasan tu tak boleh dilalui. Jadi, bagi dorang, jambatan tu memang berjasa.

Bangga betul jadi rakyat Malaysia. 

Sumber: The Sun, Yonhap News Agency, Halal Korea

Baca: Pernah Dengar Tentang Jambatan Rukiah? Korang Takkan Sangka Bagaimana Jambatan Ini Dapat Nama

Jambatan

Sumber: The Sun
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.