Baru seminggu bergelar suami dan isteri, seorang lelaki terpaksa menerima hakikat pasangan hidupnya itu pergi buat selamanya. Menurut Tribun, kejadian itu berlaku di Sulawesi Barat di mana seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas seminggu bernikah.

Pasangan itu, Ardiwansyah Tato dan Nurmadina bernikah pada 17 Oktober baru-baru ini dan ketika majlis resepsi diadakan suasana gembira bertukar menjadi riuh rendah.
Nurmadina yang memakai gaun berwarna merah tiba-tiba rebah dan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital. Selepas beberapa hari tidak sedarkan diri, Nurmadina disahkan meninggal dunia pada 24 Oktober.

Video menunjukkan Ardiwansyah tidak dapat menahan sedih dan menangis di depan pusara isterinya selepas selesai ucara pengebumian viral di media sosial. Ramai netizen turut bersimpati dan rasa sebak tengok video tersebut di mana Ardiwansyah dilihat cuba ditenangkan jemaah lelaki di tanah perkuburan berkenaan.
https://www.facebook.com/raka.bohay/videos/2664157716938259/
Sebelum bernikah lagi, Nurmadina dikatakan sering jatuh sakit namun tidak dinyatakan penyakit apa yang dialaminya. Melalui Facebook, Ardiwansyah ada meluahkan rasa sedihnya dengan memuat naik gambar mereka berdua sebelum ini.
Selamat jalan isteriku, moga bisa bertemu di syurgaNya.”
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=414935079427294&set=a.102059277381544&type=3&theater
Al Fatihah… Moga arwah tenang di sana.