Program SelVAX Booster yang dikendalikan oleh kerajaan Selangor kini tidak lagi melakukan suntikan secara walk-in berikutan dengan permintaan yang tinggi pada hari pertama program untuk mendapatkan suntikan penggalak itu dijalankan.
Menerusi BERNAMA, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud mengatakan bahawa penduduk Selangor yang mahu mandapatkan suntikan penggalak itu perlu membuat pra-pendaftaran menggunakan kod baucer menerusi aplikasi Selangkah untuk membuat temu janji.

“Slot tempahan di setiap klinik terhad kepada 150 orang sehari,” katanya menerusi satu kenyataan.
Senarai klinik SelCare yang terlibat dalam Program Booster SelVAX boleh didapati di laman web di https://selcareclinic.com/our-clinic/ atau melalui aplikasi Selangkah.
Semalam, telah diumumkan sebanyak 157,000 suntikan penggalak vaksin Covid-19 diberikan secara percuma kepada warga Selangor berumur 18 tahun ke atas dan telah divaksin sepenuhnya, di bawah Program SelVAX Booster.
Baca : 504 Orang Terlepas Janji Temu Suntikan Booster COVID-19 Lepas Antivaxx ‘Kunci’ PPV Guna ‘Super Glue’

