in

Tak Sampai Sebulan Bercerai Penyanyi Indonesia Ini Terkilan Suami Kahwin Dengan Pengasuh Anak Sendiri

ft suami penyanyi curang dengan babysitter anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di negara jiran, isu mengenai keretakan rumah tangga penyanyi Mawar Dhimas Febra menjadi buah mulut orang ramai di Indonesia kerana penceraiannya dengan bekas suami, Steno Ricardo.

Ia menjadi semakin hangat apabila bekas suaminya itu sudah berkahwin lain tak sampai sebulan selepas penceraian mereka.


 

Kahwin dengan babysitter anak sendiri

Screenshot 2022 02 23 at 11.34.11 AM

Menerusi Suara.com, Mawar telah mendirikan rumahtangga bersama Steno selama 10 tahun dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Namun begitu, tanggal 11 Januari lepas, mereka membuat keputusan untuk berpisah.

Menurut sumber lagi, dikatakan Steno ini sudah curang berkali-kali, ia selepas Mawar ada memberikan hint di Instagram miliknya dengan mengatakan..

“Hampir satu dekade (dekad) bertahan dengan ‘masalah yang hampir sama. Tidak sekali hatinya berbagi, selamat malam para pendusta, yang bersembunyi di balik kedok agama. Akan berapa banyak lagi kalian menyampaikan berita bohong dalam kehalusan tutur kata yang penuh rekasaya,”

Oleh, masalah ‘orang ketiga’ ini jugalah dikatakan punca penceraian mereka,  Mawar difahamkan ada menyatakan bahawa bekas suaminya itu curang dengan pengasuh anaknya sendiri ketika mereka masih suami isteri.

Mawar menzahirkan rasa terkilan kerana dia dah anggap pengasuh anaknya itu seperti adik kandungnya sendiri.

59682 steno ricardo mantan suami mawar afi

Namun begitu, tak sampai sebulan mereka bercerai,  viral foto dan video perkahwinan antara Steno dan pengasuh anaknya, Susi di media sosial.

Disebabkan itu, Steno ada membuat satu kenyataan terbuka menerusi IG Story miliknya dengan menafikan bahawa dakwaan mengenai kecurangannya itu tidak benar.

zRlyZWR

Katanya penceraiannya dengan Mawar sudah dipersetujui sejak November akhir 2021, katanya mereka berdua  adavmenandatangani perjanjian bertulis mengenai butiran penceraian termasuk perihal penjagaan anak-anak.

 

Baca : Isu Curang Pegawai Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor Bakal Ambil Tindakan Lanjut

hanafi curang dapat perhatian jknj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.