Membuang sampah di merata-rata tempat sudah menjadi habit sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab.
Walaupun sudah dinyatakan amaran dan papan tanda yang melarang perbuatan tersebut dilakukan, masih ada yang tidak menghiraukannya dan lebih berani dengan membuang sampah di hadapan papan tanda tersebut. Aish macam-macam perangai!
“Kita bukak seatbelt, ketuk tingkap. Baru pandai sorry2”
Pun begitu, seorang lelaki bernama Hakeem telah membuat satu tindakan yang tepat dalam mendidik individu yang tak bertanggungjawab ini seperti video yang dimuat naiknya di Twitter.
Menerusi video tersebut, Hakeem berkata, pemandu di hadapan telah membuka tingkap dan membuang sampah sesuka hati. Meskipun dia telah menegur dengan cara membunyikan hon dua ke tiga kali, perkara itu nampaknya tidak berhasil.
Lalu dia terpaksa bertegas dengan turun dari kereta dan memulangkan semula sampah itu kepada empunya.
“Bagusnya bagi sampah tu elok2. Kalau saya…”
Tindakan Hakeem telah mendapat pujian netizen yang mana rata-rata terinspirasi ingin berbuat demikian juga.
Harapnya video ini dijadikan pengajaranlah ye. Jangan buang sampah sesuka hati.
Baca: [VIDEO] Ibu Sebak Anak Hargai Pemungut Sampah, Siap ‘Selfie’ Bila Jumpa