Pernah tak korang dengar ada suami cakap yang isteri dia mengada-ngada waktu tengah sarat hamil? Siap ada yang cakap isteri cuma mengandung sahaja tapi semua benda tak larat nak buat. Lelaki tak rasa struggle sebenar, so, diorang pun senang-senang label isteri itu ‘lembik’.
Kadang-kadang suami kita ni cakap main lepas je, tak fikir perasaan isteri pun. Sedih tau.
Namun, wanita ini ada cara yang tersendiri untuk bagi suami dia rasa apa yang dia rasa waktu dia hamil.
Baru tahu terkial-kial nak bangun
Wanita ini nak bagi suami dia rasa pengalaman seakan-akan sedang mengandung dengan cara mengikat sebiji buah tembikai di bahagian perut suaminya menggunakan pita pelekat.
Kisah ini dikongsikan di Tiktok melalui video yang dimuatnaik oleh Cheyenne Fissori pada 4 April lalu yang telah mendapat lebih 100 ribu tontonan dan hampir 8 ribu likes serta lebih 1 ribu share oleh pengguna Tiktok.
@cheyennefissori I think getting out of bed did it for him 😂🤷🏽♀️ #pregnancy #9monthspregnant #babydaddyproblems #watermelonchallenge
♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Dalam video tersebut, korang boleh tengok yang lelaki itu perlahan-lahan mula merasai kepayahan jadi ‘wanita hamil’ bila dia terkial-kial ketika hendak memakai kasut. Bukan itu sahaja, perutnya yang besar dan berat itu juga membuatkan dia susah untuk bangun dari katil.
Konon nak cuba tidur secara normal tapi gagal. Dia nampak macam lagi selesa tidur mengiring sebab tak terasa sangat beban kehamilan itu. Haa, baru korang rasa kan macam mana payahnya nak tidur pun.
Patut ikat dua tembikai
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur tengok ‘penyeksaan’ yang dirasai oleh lelaki itu siap suruh ikat 2 biji tembikai sepatutnya dekat perut dia. Amboi, seronok ye akak-akak sekalian. Ada juga yang siap komen suruh dia buat kerja rumah sambil biarkan perut diikat dengan tembikai.
Moral of the story, hargai la pengorbanan isteri korang yang sanggup berpenat lelah mengandung. Rajin-rajin la tolong isteri korang ye lepasni. #suamimithali
Sumber: Cheyenne Fissori