Sapa yang tak suka surprise kan? Lagi-lagi bila orang yang nak buat surprise tu ada effort yang tak terjangkau dek akal.
Baru-baru ni ada viral kat Twitter pasal seorang pakcik ni tak sempat belikan kek untuk buat surprise sempena hari jadi isterinya. Apa yang dia buat ialah, beli burger dan tulis ‘Happy Birthday to My Wife’. Memang nampak betul effort dia tu. Kat bawah ni korang boleh tengok tweet oleh @ammnslhn pasal pakcik yang buat surprise bagi burger untuk wife dia.
Buat surprise dapat surprise!
Sehubungan dengan tweet yang mencecah 37 ribu retweet itu, pihak Restoran Secret Recipe mengambil inisiatif untuk mencari pakcik ini dan bagi dia surprise untuk dia surprisekan wife dia. Kat bawah ni korang boleh tengok macam mana @secretrecipemy_ cuba sedaya mungkin nak cari pakcik ni.
Berjaya jumpa!
Selepas beberapa hari mencari dan hampir mencecah 50 ribu retweet, kedua-dua pihak yang terlibat berjaya dihubungkan. Semua ni berkat dari warga net yang percaya kepada magis dan keajaiban media sosial. Tahniah untuk semua yang retweet dari awal sampailah SR ni perasan.
Akhirnya, selepas dapat tahu pakcik ni tinggal dekat mana, pihak SR pun tunaikan janji mereka. Rupanya pakcik ni tinggal di Yan, Kedah. Dan tweet kat bawah oleh @ikaaidi14 ni jadi bukti pakcik tadi tu dan isterinya dapat kek dari Secret Recipe. Siap ada mini party lagi taw. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat. Anda adalah hero! Dan kami di Lobak Merah mengucapkan selamat hari lahir dan semoga jodoh berpanjangan sehingga ke akhir usia. Amiiin
Baca: “Lagi best dari video bf/gf bagi hadiah” – Lelaki Ini Buat Surprise Bagi Hadiah Dekat Kawan Baik