Kalau kita bercakap pasal Ajai, penyanyi dan juga komposer muzik Malaysia, mesti ramai yang akan terbayang komen-komennya yang lantang dan ‘pedas’ apabila menjadi juri dalam sesebuah program nyanyian kan?
Situasi itu boleh dilihat dengan jelas dalam program terbitan Astro, Big Stage yang mana dia sendiri memberikan 5 markah kepada salah seorang peserta walaupun ianya baru minggu pertama dan mengatakan bahawa peserta itu tidak berbakat dalam nyanyian.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini juga telah tular tentang video seorang pemuda bernama Arish Mikael bin Kamarulzaman, 19 tahun yang memiliki suara seperti penyanyi lagenda negara, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
https://www.facebook.com/100000146213162/videos/415500070332240/
“Dia memang berbakat… Pemberian dari-Nya”
Pemuda berasal dari Muar, Johor yang lebih mesra dikenali sebagai Arish ini telah mendapat perhatian orang ramai malah baru-baru ini dia telahpun berjumpa dengan Ajai dan menyanyi di hadapannya!
Pertemuan mereka berdua telah dikongsikan oleh Ajai menerusi akaun rasmi Instagramnya @byajai. Gambar dan juga video yang dimuatnaik itu telah mendapat lebih dari 19K likes!
https://www.instagram.com/p/CaSopQpP0wP/?utm_medium=copy_link
Walaupun hanya mendengar nyanyian Arish dalam masa yang singkat, Ajai akui bahawa pemuda yang aktif dengan aktiviti busking itu mempunyai bakat yang besar selepas menerima banyak direct message (DM) yang meminta dirinya untuk mendengar nyanyian Arish.
“Dapat saya mendengar dan mencungkil apa yang ada padanya.. Dia memang berbakat.. pemberian dari-Nya… Dan dia ada barang ? InsyaAllah kalau ada rezeki.. kita ketemu lagi.. Jangan persiakan bakat yang ada ?” – Ajai
Posting itu ternyata mendapat pelbagai reaksi malah ramai selebriti yang turut menyokong tindakan Ajai yang berjumpa dengan Arish untuk memperakui bakatnya dalam nyanyian.
Turut ada yang mengatakan mereka suka dengan cara Ajai menghargai bakat seseorang itu. Tak kurang juga yang mengharapkan agar bakat Arish dapat diketengahkan ke platform nyanyian yang lebih besar.
Terbaiklah Arish! Min suka dengar suara awak… Terbayang terus lagu-lagu Allahyarham.. Lagi-lagi Balik Kampung. Legend!
Baca: Miliki Suara Persis Allahyarham Sudirman, Penyanyi Buskers Muar Ini Jadi Perhatian Ramai!