in

“Baru Balik Beraya Dekat Istana ke?” Video Dua Beradik Berpakaian Warna Kuning Diraja Jadi Tular

Kuning Diraja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun ini, warna ‘brick orange’ dijangka bakal digayakan oleh kebanyakan orang yang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagaimanapun, telahan tersebut meleset kerana lebih ramai yang memilih warna lain kerana tidak mahu pakaian mereka ‘tersama’ dengan orang lain.

Mungkin inilah yang cuba dicapai oleh dua orang adik-beradik ini yang tular setelah menggayakan pakaian berwarna kuning diraja, tahun ini.


Apa yang menarik perhatian, dua beradik lelaki ini umpama ‘sultan kecil’ dan sangat comel ketika video mereka pulang ke rumah dirakam oleh ahli keluarga.

Sudahlah pakai baju berwarna kuning diraja, siap bertanjak pula tu! Siap jalan sama-sama macam Upin dan Ipin!

Artikel berkaitan:  [VIDEO] Lelaki Jahit Sendiri 120 Pasang Baju Raya Untuk Isteri & 2 Anak, Kos Cecah RM60k

Artikel berkaitan: [VIDEO] Orang Ramai Berebut-rebut Di Starvilion Dek Penangan Baju Raya Seringgit

Baru balik istana ke tu….

Rata-rata netizen berasa terhibur melihat dua beradik itu yang berjalan bersama-sama.

Antara komen-komen yang menarik perhatian ialah bagaimana ibu bapa dua beradik itu bagaimana mendapat idea untuk memakaikan anak-anak baju raya berwarna kuning diraja.

Malah, ramai yang kata, adik-adik ini confirm dapat duit raya!

Min tak terfikir nak pakai baju warna kuning diraja. Mungkin tahun depan boleh cuba!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.