in

Baru 2 Bulan Bersalin, Puteri Dubai Ceraikan Suami Di IG

Puteri Dubai Ceraikan Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru setahun mendirikan rumah tangga, Puteri Dubai iaitu Sheikha Mahra binti Mohammed bin Rashid Al Maktoum, telah mengumumkan perceraian terhadap suaminya, Sheikh Mana bin Mohammed bin Rashid bin Mana Al Maktoum di laman media sosial.

Pengumuman yang dimuat naik dalam satu hantaran di akaun Instagram rasminya telah meraih perhatian ramai.


3 kali lafaz cerai

Dalam hantaran pendek yang dimuat naik itu, Sheikha Mahra menulis ayat ‘I divorce you’ (Saya ceraikan kamu) sebanyak 3 kali seperti lafaz talak sebelum meminta suaminya menjaga diri. Dalam ajaran Islam, lafaz talak diucapkan oleh si suami kepada isterinya.

Artikel berkaitan: Dubai Bakal Bina Masjid ‘3D Printed’ Pertama Dunia Dengan Keluasan 2,000 Meter Persegi

Artikel berkaitan: Suami Curang Berzina Siap Rakam Video, Isteri Tanggung Derita Hidap HIV

“Memandangkan anda sibuk dengan teman-teman lain, saya dengan ini mengisytiharkan perceraian kita.”

Tiada pendedahan secara terperinci punca di sebalik kemelut yang melanda. Setakat ini, tiada komen rasmi daripada kerajaan UAE atau Sheikh Mana mengenai perkara ini.

Difahamkan, usia perkahwinan mereka baru setahun lebih dan dua bulan lepas, Sheikha Mahra baru melahirkan anak pertama mereka.

Snapinsta.app 447769166 1096193271485269 2273934412152431383 N 1080

Sekadar info, pasangan ini telah melangsungkan perkahwinan dalam sebuah majlis yang sangat meriah pada Jun 2023.

Sheikha Mahra adalah anak kepada Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum yang merupakan penguasa Dubai, Naib presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Gsx7Ffewcaer77D

 

Manakala, Sheikh Mana adalah seorang ahli kerabat diraja Dubai dan juga usahawan yang cukup dikenali ramai.

Sumber: BBC, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.