in

Baru 12 Tahun, Budak Curi Kad Kredit Ibu Dan Cuti Solo Ke Bali Lepas Bergaduh Dengan Keluarga

Ok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita dulu kalau gaduh dengan parents mesti paling tak pun tak bertegur sampai petang je. Bila mak panggil makan, cepat je sampai kat meja. Tapi apa yang seorang budak di Australia ni buat lepas bertengkar dengan keluarga memang epic.

Menurut 9news, kanak-kanak lelaki yang baru umur 12 tahun bernama Drew (bukan nama sebenar) ni telah mencuri kad kredit ibunya dan menempah satu percutian lepas bergaduh dengan ibu bapa. Fuh!


Sc 1
sumber: 9news

Tempah percutian 4 hari ke Bali

Menggunakan kad kredit tanpa pengetahuan ibunya, Drew dikatakan menempah satu tiket penerbangan ke Bali. Bukan tu je, kanak-kanak ni turut membelanjakan sejumlah besar wang untuk percutian mewah selama empat hari di Bali.

Khabarnya Drew berjaya tempah tiket penerbangan tambang murah ke Indonesia selepas tengok syarat-syarat yang dia kena penuhi. Benda yang dia kena serahkan tu pulak hanyalah surat pengesahan ditandatangani ibu bapa.

Dwv
sumber: 9news

Naik scooter, kereta api, pesawat sendirian

Lepas tempah tiket ke Denpasar, Drew kemas pakaian cukup-cukup untuk empat hari then beritahu parents yang dia nak keluar pergi sekolah.

Lepas tu Drew naik scooter untuk pergi stesen kereta api dan kat situ dia naik tren ke lapangan terbang pulak sorang-sorang. Lebih mengejutkan, tak ada orang tanya pun kenapa kanak-kanak ni duk jalan sendirian.

Capture 7
sumber: 9news

Check in hotel empat bintang

Last sekali Drew naik flight sendirian dan check in di hotel empat bintang, Hotel All Seasons setibanya kat Bali. Amboi bukan main kau dik! Kat hotel tu Drew siap menipu yang dia tengah tunggu kakak datang so dia nak check in dulu.

Sepanjang perjalanan, Drew ceritakan yang dia hanya kena tunjuk kad pelajar dan pasport untuk buktikan usianya. Lepas ketiadaan Drew kat sekolah disedari, ibu bapa kanak-kanak ni terus laporkan kehilangan anak dorang.

Dwwww
sumber: 9news

Dia tak tahu anak dia duk berseronok kat Bali! Lepas dapat tahu pasal ni, ibu Drew sangat terkejut dengan apa yang anak dia buat. Tapi respon Drew pulak dia just happy sebab dapat lalui pengembaraan yang hebat.

Memang next level betul la budak ni. Umur baru 12 tahun tapi dah pandai curi kad kredit ibu dan buat semua benda sendiri. Travel negara orang sorang-sorang kot! 

Kalau admin masa umur-umur macam ni duk main Lego lagi kat rumah!

Baca: Kanak-kanak 12 Tahun Larikan Diri Dari Rumah Kerana Tidak Tahan Sering Dirotan Bapa

Vodvnel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.