in

“Barang rosak yg rugi seller & buyer tau!” – Isu Kurier ‘Mogok’, Netizen Marah Pekerja Campak ‘Parcel’

1Jnt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai kaki shopping yang berbelanja secara online time PKP ni kan. Yang mana tengah tunggu barang tu harap bersabar lah ye. Mungkin korang musykil kenapa barang lambat sangat sampai walaupun seller dah post barang korang.

Dalam satu video yang dikongsi di Twitter @imrannazri_ ada menunjukkan situasi di pusat pengumpulan parcel. Dikatakan ada isu ‘mogok’ oleh pekerja kurier yang melibatkan barang dan parcel pelanggan. Korang tengok lah sendiri video kat bawah ni.


 

Barang rosak yg rugi seller & buyer tau!

Isu ‘mogok’ ini dikatakan berpunca dari potongan komisyen, cumanya admin tak berapa pasti sangat lah berapa banyak kena potong. Tapi tindakan pekerja yang campak-campak barang ni memang buat netizen panas hati lah. Mana tidaknya, orang beli barang elok-elok, sampai dekat kurier dimain campak-campak pulak.

Screenshot 2021 02 07 At 11.15.46 AmKerja itu amanah. Barang tu rezeki orang, baik seller ataupun buyer. Jangan lah campak-campak, kesian kat orang lain tak bersalah terpaksa tanggung kerugian.

Screenshot 2021 02 07 At 11.15.38 AmAdmin rasa netizen ni marah betul lepas tengok video ni. Harap bertenang ye semua, jangan humban sapa-sapa ye. 

Screenshot 2021 02 07 At 11.13.25 AmAdmin pun sedih gak. Admin cuba bayangkan orang beli barang, dia kumpul duit dalam tempoh yang lama, sekali sampai barang rosak pulak. Kesian…

Screenshot 2021 02 07 At 11.12.03 AmKalau rasa tak puas hati dengan pihak pengurusan, boleh suarakan terus ke pejabat buruh. Mogok-mogok ni tambah rugi je, penat pun dapat. 

Admin harap pihak pengurusan dan pekerja dapat sama-sama mencari jalan penyelesaian untuk masalah ni cepat-cepat.

 

Baca: Video :  Pekerja Kurier Lempar Bungkusan Dengan Membabi Buta Untuk Bekerja Lebih Cepat Kerana Banyak Order

Screenshot 2021 02 07 At 11.27.49 Am

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.