Tular sejak 21 Februari lalu, kes melibatkan lima orang lelaki yang disyaki telah memukul seorang pemandu kereta sehingga maut selepas kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang.
Mengimbas kembali apa yang berlaku, polis difahamkan telah menerima maklumat pada jam 9.20 malam (20 Februari) mengenai satu kemalangan sebelum anggota trafik bergegas ke lokasi dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga dipercayai telah terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan di situ.
Anggota itu juga menemukan pemandu kereta dalam keadaan terbaring di atas jalan, dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan bekas ikatan pada pergelangan tangannya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zain Hassan berkata, pasukan perubatan yang hadir ke lokasi bersama ambulans kemudian mengesahkan pemandu berkenaan sudah meninggal dunia dan mangsa merupakan lelaki tempatan bernama Shahril Samad berusia 41 tahun.
Artikel berkaitan: Tular Video Nenek Dipukul Sebab Tegur Bakar Sampah, Owner Glamping Dakwa Video Disunting?
Artikel berkaitan: Brek Gagal Berfungsi & Langgar Van, Polis Perjelas Punca Kejadian Tular Warga Emas Dipukul
Bapa mangsa tak sanggup lihat video anak dipukul
Susulan apa yang berlaku, bapa Allahyarham, Samad Bakar, 70, meluahkan rasa sedihnya dan mengakui tidak sanggup melihat video kejadian.
Dia sekeluarga juga berharap agar pelaku dapat dibawa ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal.
Menurutnya lagi, dia hanya mengetahui mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu kira-kira jam 1.30 pagi hari kejadian.
Ketika itu anak saya hanya beritahu arwah dipukul. Tiada pula dia maklum yang dia (Shahril) sudah meninggal dunia.
“Saya mula bersiap ke lokasi, namun anak beritahu tidak perlu kerana arwah sudah dibawa ke Hospital Serdang,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Taman Ulu Beranang.
Samad juga tidak mengetahui bagaimana kejadian sebenar berlaku tetapi beranggapan arwah tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu rupa.
Arwah anak kedua kami dari tujuh adik beradik dan seorang yang baik malah tidak pernah melawan apabila dimarahi. Dia masih bujang dan yang membantu saya serta isteri di kedai makan kami,” katanya.
Dalam pada itu, adik arwah, Syazwan Samad, 27, berkata, pihak keluarga menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan undang-undang setimpal terhadap individu terbabit.
Al fatihah buat mangsa. Semoga keluarganya tabah hadapi dugaan ini.
Sumber: BH, Buletin TV3