Walaupun jauh berada di Australia, ia tidak menghalang Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman untuk terus berbakti kepada ibu dan bapanya.
Baru-baru ini, menerusi satu sesi live di TikTok, Sajat ada memberitahu bahawa bapanya kini sedang sakit dan tidak boleh berjalan seakan-akan sedang lumpuh.
Oleh itu, Sajat meminta bantuan kepada para netizen untuk memberi cadangan berkenaan kerusi roda yang sesuai untuk dibelikan dan disampaikan kepada bapanya.
Artikel berkaitan: “Sumpah sedap!” – Sajat Menangis, Dapat Makan Kuih Seri Muka Hasil Tunjuk Ajar Netizen
Artikel berkaitan: Didakwa ‘Support’ Sajat Jadi ‘Showgirl’, Michael Ang Bidas Komen Netizen
Sajat terharu Aliff Syukri sudi bantu beli kerusi roda
Walau bagaimanapun, Datuk Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida tampil menawarkan bantuan untuk membelikan kerusi roda tersebut untuk diberikan kepada bapa Sajat.
Dalam video yang dikongsikan Instagram Nur Sajat, kelihatan Aliff dan Shahida menunjukkan beberapa jenis kerusi yang dibeli mereka hasil wang yang dikirim oleh Sajat sendiri.
View this post on Instagram
Bapa Sajat yang melihat kerusi tersebut berasa sangat gembira dan sempat mencubanya selepas dibantu Aliff.
Sikapnya satu seorang yang baik hati, pemurah,” katanya.
Malah Aliff pula dalam satu video lain mengatakan bahawa dia serta isterinya selalu menganggap Sajat sebagai sahabat dunia akhiratnya.
@sajatperempuanfuh “Aku sentiasa menganggap kau sebagai sahabat kami dunia & akhirat” 🥺 mulia sungguh hati dato aliff syukri membantu sajat #fyp #fypシ #fypシ゚viral #viral #sajat #nursajat #aliffsyukri #datinshahida
Aku sentiasa menganggap kau sahabat kami dunia akhirat. Kau sentiasalah mendekatkan diri dengan Allah, ke arah kebaikanlah Sajat.
“Jangan lupa sembahyang, antara kita ni biar Allah yang nilai kita. Aku doakan yang baik-baik untuk kau, Jat. InsyaAllah,” katanya.
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut merasa tersentuh dengan situasi itu dan mendoakan bapa Sajat kembali sembuh seperti sediakala.
Sajat kuat ye, ingat Tuhan selalu…