Seorang graduan universiti terpaksa melupakan cita-citanya walaupun sudah memiliki segulung ijazah demi menjaga dua adiknya yang mana salah seorang menghidap disleksia.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Puteri Noor Ashikin Abdullah, 29, terpaksa memikul tanggungjawab itu selepas ibunya meninggal dunia akibat kemalangan 10 tahun lalu, yang mana ketika itu usianya baru 19 tahun.
Terpaksa bawa adik tinggal di kolej asrama
Difahamkan, bapa mereka telah menghilangkan diri sejak kecil dan hanya bergantung harap serta kasih sayang daripada seorang insan bergelar ibu.
Artikel berkaitan: “Ibu dah meninggal”- Akan Tunggu Kakak Dalam Kelas, Kisah Murid Ini Gendong Adik Ke Sekolah Setiap Hari Buat Ramai Sebak
Artikel berkaitan: “Masih minta nak solat” – Wanita OKU Sukar Berjalan Didakwa Dihantar Ke Rumah Kebajikan Seorang Diri
Kehilangan ibu menyebabkan kehidupan mereka terumbang-ambing sehingga dia terpaksa membawa salah seorang adiknya tinggal di asrama kolej selama tiga bulan kerana tiada orang yang boleh menjaga mereka.
Menurut Puteri, adik bongsunya pula yang masih bayi ketika itu dijaga sementara oleh rakan ibunya di Perak.
“Mujur rakan sebilik faham situasi saya, apabila ke kelas saya tinggalkan adik yang ketika itu berusia tujuh tahun di bilik selain bekerja part time di restoran.”
Kongsinya, ibu dan bapa saudaranya pernah menghantar kedua-dua adiknya ke pusat kebajikan menyebabkan dia nekad untuk menjaga adiknya sendiri selepas tamat praktikal Diploma.
Terpaksa tolak tawaran kerja
Mengulas lanjut, Puteri yang kini hanya bekerja sebagai home tutor pernah menerima pelbagai tawaran pekerjaan lain dengan gaji yang lebih baik, tapi terpaksa menolak kerana tiada orang yang boleh menjaga adiknya.
“Jadi buat masa ini, inilah saja pilihan kerja yang saya ada dengan pendapatan kurang RM1,000 sebulan dan itu pun bergantung kepada jumlah pelajar.
“Adik bongsu saya ini, dia disleksia dan perlukan saya kerana dia tak seperti kanak-kanak lain, sebab itu saya tak boleh tinggalkan dia,” katanya.
Rumah sewa tertunggak 3 bulan
Dia mengakui pendapatannya masih tidak mencukupi, malah rumah sewanya telah tertunggak tiga bulan.
Puteri ada menerima bantuan bulanan RM450 daripada Baitulmal serta barangan dapur yang sedikit sebanyak dapat membantu meringangkan bebannya.
Kongsinya, dia mempunyai hasrat untuk kembangkan projek home tutor, namun tidak memiliki modal yang secukupnya.
Boleh ke portal Sinar Harian jika ingin menghulurkan bantuan kepada Puteri. Semoga Puteri dan adik-adiknya dipermudahkan urusan…
Sumber: Sinar Harian