Sukan Asia yang sedang berlangsung di Palembang baru-baru ni memang antara topik hot yang dibincangkan netizen sekarang.
Tapi dalam best-best sembang kisah kejayaan atlet, ada satu kisah sedih tentang atlet termuda negara bernama Ian Nuriman Amri. Menerusi satu tweet viral, Ian yang merupakan atlet acara skateboard nampak selamba sebab pakai seluar sekolah dan tali pinggang Kikilala je masa bertanding.
Namun di sebalik gaya selambanya, rupanya ada cerita sedih apabila coach yang jugak merangkap bapa kepada Ian dikatakan terpaksa guna duit sendiri untuk ke Palembang. Lebih malang, bapa Ian hanya hadir sebagai penonton dan tak dapat pun apa-apa pass sebagai jurulatih.
Satu posting yang viral di Facebook jugak menyatakan yang Ian kini berusia 11 tahun telah dilatih bapanya sejak berumur 4 tahun lagi serta telah memenangi macam-macam pertandingan hasil didikan ayahnya. Setelah terpilih mewakili negara, bapa Ian katanya diketepikan dan janji manis untuk berlatih di Amerika Syarikat jugak dilupakan. Ye ke ni Bro Saddiq?
Tweet serta posting Facebook ni telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib Ian dan bapanya. Lebih menyedihkan, ada yang point out kenapa baju adik Ian besar dan oversize. Tak ada baju size yang sesuai dengan atlet negara macam dia ke?
Walau bagaimanapun, Ian yang gagal mara ke peringkat seterusnya dalam acara skateboard semalam tetap menarik perhatian bila ramai yang terkejut lihat ‘budak kecil’ setinggi 135cm nak bertanding dalam temasya sukan kedua terbesar dunia selepas Sukan Olimpik, lapor Bernama.
“Saya sedikit pun tidak rasa takut pada hari ini kerana sudah biasa berlatih bersama ‘orang besar’. Saya bangga menjadi atlet paling muda, saya lihat saya paling kecil di sini,” kata Ian.
Diharapkan bakat Ian terus berkembang dan KBS bawah pimpinan Syed Saddiq ambil perhatian akan bakat muda yang makin menyinar ni. Rugi sangat kalau dibiarkan bakat budak ni macam tu je.
Go team Malaysia!