in

Bapa & Ain Husniza Akan Saman Balas Guru PJK Berhubung ‘Lawak Rogol’

Collage 1

Sebelum ini, seorang pelajar sekolah Ain Husniza telah membuat dakwaan bahawa seorang guru telah membuat lawak rogol ketika mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Berhubung perkara ini, bapa Ain Husniza, Saiful Nizam mengesahkan yang pihaknya telah menerima writ saman daripada guru yang terlibat, Khairul Nizam Sanuddin dengan menamakan dua beranak ini sebagai defenden.

https://twitter.com/saifulnizam769/status/1465605029058940934

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, guru terbabit memfailkan saman tersebut kerana reputasinya terjejas selepas masyarakat memandang serong terhadapnya seperti dia seorang guru yang sukakan perkara lucah dan tidak memberikan teladan yang baik kepada pelajar.

Selain itu, Khairul Nizam turut menafikan bahawa dia ada membuat lawak lucah atau lawak berkenaan rogol sepanjang sesi pembelajaran tersebut.

Ain Husniza & Saiful Nizam bakal beri saman balas

Ain Husniza Saiful Nizam8

Ekoran ini, Ain Husniza dan Saiful Nizam bukan sahaja akan membela diri mereka di mahkamah malah mereka akan turut failkan saman balas terhadap guru tersebut, lapor FMT.

Peguam dua beranak ini, SN Nair mengatakan yang mereka juga akan turut menamakan Menteri Pendidikan, Pengarah Pendidikan Selangor dan Pengetua sekolah sebagai defendan atas tuduhan gagal untuk melindungi Ain Husniza.

Nair berkata, dia telah menerima arahan dari Ain dan bapanya untuk menyaman balas guru tersebut dan lain-lain atas kesalahan sengaja timbulkan tekanan emosi.

Mereka telah arahkan saya untuk memfailkan pembelaan dan tuntutan balas kerana mereka berpendapat bahawa dakwaan fitnah itu tidak boleh dipertahankan sepenuhnya dan mereka akan menafikan perkara yang sama apabila pembelaan difailkan.

“Jelas sekali kerajaan tidak boleh lari daripada tanggungjawab dalam hal ini kerana guru itu adalah penjawat awam. Oleh itu sebagai wakil, mereka bertanggungjawab.”

Tambah Nair lagi, Menteri Pendidikan sepatutnya campur tangan atas tuduhan serius ini bila perkara ini pertama kali disebut Mei lalu namun memilih untuk melepaskan tanggungjawabnya.

 

Baca: Jenaka Rogol: “Bersuara tentang isu Ain Husniza atau letak jawatan” – Maszlee Malik

Screenshot 2021 12 01 At 12.59.32 Pm