in

“Banyak kali minta peluang kedua” – Michael Ang Disaman RM500K Sebab Langgar Kontrak

Michael 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabakan gagal memenuhi tugasan dalam perjanjian, pengarah terkenal Michael Ang digesa oleh syarikat Armani Entertainment untuk membayar semula wang berjumlah RM500,000.

Menurut Ketua Eksekutif Armani Entertainment, Datuk KK Chua, pengarah tersebut telah melanggar kandungan dalam dua kontrak yang pernah dipersetujui sejak tiga tahun lepas.


Michael Ang langgar kontrak

Antara perjanjian itu, Michael Ang memberi jaminan untuk memasukkan artis di bawah naungan syarikat itu dalam dua program realiti popular, tawaran sebagai watak utama serta pelakon dalam drama terbitan Michael Ang.

Artikel berkaitan: “Makanan dah jadi ta*i” – Michael Ang ‘Sound’ Isu Kedai Makan Caj Mahal

Artikel berkaitan: “Hari Jumaat post macam ni?” – Muat Naik Post ‘Mengundang’, Michael Ang Dikecam Netizen?

Kami sudah membayar sebanyak RM500,000 iaitu RM250,000 secara tunai manakala RM250,000 untuk penyumbangan renovasi rumahnya di Desa Park, Kuala Lumpur untuk rancangan Fit It Till U make It.

Pun begitu, Michael Ang hanya membuat tiga tugasan yang terkandung dalam kontrak, antaranya memasukkan sebuah runut bunyi, memberi watak pelakon pembantu dan menjadi juri di enam lokasi.

Perjanjian sudah ditandatangani pada 1 Oktober 2021 tetapi sehingga kini, Michael tidak memenuhi tanggungjawab yang dijanjikannya.

Dia tak dapat melaksanakan tanggungjawab dalam kontrak pertama dan enggan memulangkan wang kepada kami. Selepas beberapa kali pertemuan, dia meminta untuk diberikan peluang kedua, satu lagi kontrak ditandatanganinya.

@melodiberapi

Penerbit & pengarah Michael Ang disaman Armani Entertaiment. Sidang media bersama CEO Armani Entertaiment, Dato KK Chua mendakwa Michael Ang melanggar kontrak yang sudah ditandatangani bernilai RM500,000. #meloditv3 #michaelang #selebriti

♬ original sound – Melodi tv3 – Melodi tv3

Dalam pada itu, peguam Lim Zi Hwei yang mewakili KK Chua berkata sebutan kes pertama akan diadakan pada 5 Ogos 2024 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pihaknya juga akan menfailkan saman kepada Michael Ang dan berharap isu sebegitu dapat dijadikan pengajaran untuk orang ramai.

Sumber: mStar, Melodi TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.