Walaupun pembunuhan selalu dikaitkan dengan lelaki, ramai juga wanita yang jadi pembunuh bersiri. Kebanyakan dari dorang selalunya menggunakan racun macam slow death.
7 Pembunuh Bersiri Wanita Paling Terkenal Di Dunia
1. Dorothe Puente
Korang yakin ke roommate korang tu okay?
Pembunuhan Dorothe bermula dari tahun 1982 bila dia mula sewakan rumahnya di Sacramento, California kepada warga emas dan penagih dadah.
Dorothe kemudiannya akan bagi ubat tidur dan lemaskan dorang atau bagi racun untuk ambil duit bantuan mangsa-mangsanya.
Pembunuhan Dorothe terbongkar bila seorang lelaki kurang upaya hilang dan dilaporkan kepada polis.
Dorothe telah didakwa dengan sembilan pembunuhan selepas pihak polis menemui tujuh mayat yang ditanam di laman rumahnya. Wanita ini kemudiannya diberikan hukuman penjara seumur hidup sebelum meninggal dunia di usia 82 tahun.
2. Juana Barraza
Juana Barraza adalah seorang ahli gusti profesional dan pembunuh bersiri dari Mexico.
Pada tahun 1998 sehingga 2006, seramai 16 wanita tua telah ditemui dicekik sehingga mati di sekitar Bandar Mexico dan kebanyakan mangsanya berusia 60 tahun ke atas dan tinggal bersendirian.
Juana akan ketuk pintu rumah mangsanya dan menyamar jadi pekerja kerajaan. Bila dia dah mula dipercayai, Juana akan menyerang dan mencekik mangsanya menggunakan wayar telefon atau barang-barang seperti baju.
Juana telah ditahan pada tahun 2006 dan dihukum penjara selama 759 tahun dan masih lagi hidup sehingga hari ini.
Pembunuhan yang dibuat oleh Juana ini adalah disebabkan kebencian dia terhadap ibunya yang telah membiarkan lelaki merogolnya semasa kecil. Patutlah dia pilih orang tua.
3. Judy Buenoano
Judy Buenoano yang terkenal dengan gelaran Black Widow ini merupakan pembunuh kejam yang telah membunuh suami, anak dan kekasihnya.
Judy telah berkahwin dengan suaminya James Goodyear pada tahun 1963 sebelum perlahan-lahan memberikan racun jenis arsenik di dalam makanan suaminya selama 8 tahun sehingga lelaki ini meninggal dunia.
Hasil dari kematian tersebut, Judy telah menerima wang insurans yang lumayan sebelum bertemu dengan kekasih barunya Bobby Morris.
Bobby kemudiannya turut mendapat simptom yang sama seperti James selepas dia mengambil insurans.
Pada tahun 1977, Judy turut membunuh anaknya yang kurang upaya, Michael dengan melemaskannya.
Judy kemudiannya ditangkap di atas pembunuhan-pembunuhan ini dan dijatuhkan hukuman mati atas kerusi elektrik.
Untuk pengetahuan korang, Judy merupakan wanita pertama yang dihukum mati seperti ini di Florida dalam tempoh 150 tahun.
4. Nancy Hazle
Nancy Hazle merupakan pembunuh bersiri yang bertanggungjawab atas kematian 11 orang sepanjang tempoh 30 tahun termasuk pasangan dan anak-anaknya.
Macam kebanyakan wanita lain, Nancy turut menggunakan racun untuk membunuh mangsa-mangsanya.
Mangsa pertama Nancy adalah anak-anaknya yang ditemui mati oleh suaminya pada tahun 1910. Selepas keluarga rapat Nancy turut mati dalam keadaan yang mencurigakan, seorang doktor tempatan telah mengarahkan mangsa terbarunya untuk dibedah siasat.
Mereka kemudiannya menemui kesan arsenik di dalam sistem mereka dan secara keseluruhan, Nancy telah membunuh empat suami, dua anak-anak, dua adik-beradik, ibunya, dua cucu dan seorang ibu mertua.
5. Joanna Dennehy
Bagi Joanna, dia tidak membunuh disebabkan duit, dendam atau motif-motif lain yang biasa kita dengar. Tapi, wanita ini membunuh kerana dia suka.
Pada tahun 2003, Joanna telah menikam tiga orang sehingga mati dan mencederakan lebih ramai orang beberapa hari kemudian di Peterborough.
Joanna telah dijatuhkan hukuman penjara sampai mati menjadikan dia satu dari dua wanita yang masih hidup dan menjalani hukuman ini di Britain.
6. Jane Toppan
Jane merupakan seorang jururawat di Hospital Cambridge. Perwatakan wanita ini sangat disenangi oleh orang-orang di sana sehingga dia mendapat gelaran “Jolly Jane”.
Sepanjang perkhidmatannya di sana, Jane telah menjadikan pesakit-pesakitnya yang terdiri daripada orang tua dan pesakit kronik sebagai tikus makmal.
Jane akan membuat eksperimen dengan memberikan morfin dan atropin tidak mengikut dos yang disarankan untuk melihat sendiri tindak balas dadah ini ke atas sistem saraf pesakit-pesakit malang itu.
Selepas satu keluarga maut di bawah jagaannya, pihak berkuasa mula curiga dan telah menjalankan bedah siasat ke atas mangsa-mangsanya dan akhirnya berjaya bongkarkan aktiviti Jane.
Ketika perbicaraan, Jane mengaku telah melakukan sebanyak 31 pembunuhan dan cuba untuk meyakinkan juri yang dia waras namun dia telah diisytihar tidak waras dan ditahan di dalam hospital sakit jiwa.
Mahkamah turut memutuskan wanita ini tidak bersalah dan menjatuhkan hukuman perlu tinggal di hospital sakit jiwa seumur hidup.
7. Aileen Wournos
Pembunuh bersiri yang turut diangkat sebagai ikon feminis ini adalah antara pembunuh zaman moden yang sangat terkenal.
Aileen yang bekerja sebagai pelacur bertanggungjawab membunuh tujuh lelaki dengan cara tembak dari jarak dekat.
Kesemua lelaki yang dibunuh oleh Aileen ini adalah merupakan pelanggan yang melanggannya. Namun, wanita ini mendakwa lelaki-lelaki ini telah bertindak ganas dan dia membunuh untuk melindungi dirinya.
Aileen telah ditangkap pada tahun 1991 dan dihukum mati secara suntikan maut pada tahun 2002. Sehingga hari ini, Aileen merupakan pembunuh bersiri paling relevan dalam sejarah.
Sumber: Twitter
Baca: Tak Siapa Sangka, ‘Nenek’ Ini Sebenarnya Dah Bunuh 9 Orang & Tanam Mangsa Di Laman Rumah