in

“Banyak ditokok tambah”- Jep Sepahtu Geram Sebuah Podcast Sering Tunggang Namanya Untuk Konten

Ft Jep Sepahtu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jep Sepahtu baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dengan tindakan tetamu dan hos sebuah podcast yang tidak disebutkan kerana telah menunggang namanya untuk dijadikan konten walaupun dirinya sendiri tiada dalam podcast sembang tersebut.

Baru-baru ini sesebuah podcast telah didakwa telah berkongsi cerita melibatkan nama Jep dan menurut luahan Jep di Instagramnya, cerita di podcast tersebut banyak yang ditokok tambah.


Jep walaupun tidak menyatakan podcast yang dimaksudkan, dia menyatakan kekecewaannya kerana namanya dipetik dan ditunggang bagi meraih tontonan dan publisiti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

Hal tersebut menyebabkan dia menerima pelbagai persoalan daripada peminatnya bertanyakan sama ada kisah yang diceritakan dalam podcast tersebut adalah cerita betul atau tidak.

Jep dalam masa yang sama menegaskan dia sebenarnya sudah malas untuk melayan perkara remeh seperti ini. Namun, menurutnya, semakin dibiarkan semakin menjadi jadi pula mereka mempergunakan namanya.

Artikel berkaitan : “Dapat minum kopi bertiga pun dah cukup” – Mamat Berhasrat Satukan Kembali Jep & Shuib

Artikel berkaitan : “Dia kecewa betul” – Anak Sari Yanti Sangka Dapat Gelaran ‘Hajah’ Lepas Buat Simulasi Haji

Selain itu, Jep turut hairan dengan hos dan juga tetamu podcast berkenaan yang sering ‘memetik’ namanya.

Menjelaskan sama ada kisah yang dikongsikan oleh podcast berkenaan, Jep mengesahkan rata-rata kisahnya adalah rekaan semata-mata dan ada yang ditokok tambah.

Jep

Menurutnya lagi, dia berharap selepas ini tiada lagi yang bertanya kepadanya tentang cerita-cerita yang didengari di podcast berkenaan dan menurut sebuah balasan kepada komen salah seorang pengguna, Jep berkata dia tidak mempunyai masalah sekiranya mereka ingin mengenang kembali kisah-kisahnya tetapi ceritakan perkara yang tidak ditokok tambah.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.