in

Banyak Diskriminasi, Ini 4 Sisi Gelap Dubai Yang Tidak Diketahui Ramai

Cover 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebut sahaja tentang Dubai, pasti kita terbayangkan bandar yang mewah dan dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Mereka yang menetap di sini juga dikatakan kaya-raya sehinggakan memiliki pelbagai jenis kereta mewah dan rumah agam.

Semua fakta ini tidak boleh disangkal lagi, sememangnya Dubai adalah sebuah bandar yang mewah dan penduduknya juga kaya-raya. Namun, itu semua hanyalah apa yang ditunjukkan oleh media kepada umum.


Walhal realitinya, kehidupan di sini tidak seindah seperti yang disangka. Ramai pekerja bawahan dan warga luar yang menetap di sini mendedahkan perkara sebenar tentang kehidupan mereka.

Berikut adalah sisi gelap Dubai yamg tidak didedahkan kepada umum:

1. Disneyland untuk orang dewasa

Umum mengetahui, Disneyland adalah tempat hiburan untuk kanak-kanak. Lain pula situasinya buat Dubai, bandar ini boleh dikatakan seperti sebuah tempat hiburan yang besar buat orang dewasa.

Azure Pool Party Facebook

Mereka yang bekerja di sini kebiasaannya diberikan gaji yang sangat lumayan. Pusat hiburan dan bar yang banyak di sini sudah menjadi kebiasaan sebagai tempat persinggahan warga Dubai.

Menurut perkongsian seorang wanita menerusi sumber, dia dan suami hampir diisytihar muflis gara-gara perbelanjaan mereka yang melampau dan kos perbelanjaan yang tinggi di sana.

2. Diskriminasi terhadap pekerja bawahan

Seperti yang anda tahu, Dubai adalah sebuah bandar yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit. Jadi, adalah satu kebiasaan apabila pekerja tapak pembinaan ini dilihat di mana-mana sahaja. Namun, mereka dianggap tidak wujud dan dilayan dengan tidak adil.

4 7

7 4

Kebanyakan pekerja ini menetap di kawasan setinggan yang terletak hampir sejam dari lokasi tapak pembinaan. Kawasan yang didiami pula dilaporkan kotor dan terlalu ramai jika nak dibandingkan dengan keluasan kawasan dan kapasiti penduduk di situ.

3 10

Lebih memilukan, pekerja tapak pembinaan kebiasannya akan bekerja selama 14 jam sehari di bawah suhu hampir mencecah 50 darjah selsius. Walhal, pelancong tidak disarankan untuk tinggal di luar selama 5 minit di atas faktor cuaca yang panas.

3. Sindiket pekerjaan

Jika sebut sahaja tentang Dubai, pasti anda terbayangkan pekerjaan dengan gaji yang besar dan hidup yang mewah. Faktor ini membuatkan ramai pekerja luar mahu bekerja di bandar mewah ini.

8 3

Seorang mangsa sindiket ini, Sahinal Monir, 24, mendedahkan mereka dijanjikan gaji yang tinggi dan penginapan yang selesa oleh agensi pekerjaan. Namun, dia menggambarkan Dubai sebagai ‘neraka’ selepas menetap di sini dan terjerat dengan sindiket penipuan pekerjaan.

Tiba sahaja di Dubai, pasport Sahinal diambil oleh seorang individu dari agensi pekerjaan. Namun, individu tersebut tidak lagi keliahatan selepas hari itu. Dia juga dibayar dengan gaji yang rendah, tidak seperti yang dijanjikan pada awal.

4. Jurang kemiskinan yang besar

Masalah jurang kemiskinan yang besar ini bukanlah sesuatu yang baru di dunia ini. Namun, jurang kemiskinan di Dubai adalah terlalu ketara sehinggakan berlakunya pembahagian kelas kelompok berdasarkan pekerjaan mereka.

Kelompok yang pertama adalah kelas idealistik, mereka yang kaya-raya dan memandu kereta mewah. Mereka juga kebiasaannya akan memelihara haiwan peliharaan eksotik seperti harimau dan singa.

Kelompok kedua pula adalah pekerja asing yang bekerja di Dubai. Mereka ini kebiasannya ialah pengurus bank, pemilik bisnes dan seumpanya.

1 13

Untuk golongan ketiga pula, mereka ialah pekerja asing yang miskin dan dilayan secara tidak adil. Mereka dikerah untuk bekerja selama 12 jam dibawah suhu 50 darjah selsius.

 

Kredit: DailyMail, Independent

BACA: Menyeramkan! Sisi Gelap Industri Anime Yang Tidak Diceritakan Kepada Umum

Cats 102

Sumber: Whatson
Sumber: Dailymail
Sumber: Dailymail
Sumber: Dailymail
Sumber: Dailymail
Sumber: Dailymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.