in

Bantuan RM10,000 Kepada Mangsa Rumah Yang Musnah Teruk Akibat Letupan Paip Gas – MB Selangor

mb selangor bantuan RM10000 rumah musnah letupan paip gas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bantuan sebanyak RM10,000 daripada Kerajaan Negeri Selangor bersama Kerajaan Persekutuan disalurkan kepada penduduk yang rumah mereka musnah sepenuhnya akibat bencana letupan paip gas di Putra Heights, baru-baru ini.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, rumah yang dikategorikan sebagai total loss akan menerima RM5,000 daripada PETRONAS yang diurus selia oleh kerajaan negeri.


Manakala tambahan RM5,000 lagi daripada Kerajaan Persekutuan, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan sebanyak RM10,000 bagi setiap rumah yang terjejas sepenuhnya.

Artikel berkaitan: Letupan Paip Gas Putra Heights: Polis Sahkan Tiada Kesan Gangguan Fizikal Pada Paip

Artikel berkaitan: Kebakaran Gas Putra Heights: Airbnb Tawar 78 Kediaman Sementara Untuk Mangsa

Sementara itu, bagi rumah yang terkesan tetapi tidak musnah sepenuhnya, setiap pemilik akan menerima RM2,500 daripada PETRONAS dan RM2,500 daripada Kerajaan Persekutuan, menjadikan bantuan minimum sebanyak RM5,000.

487437036 1820232152093802 547012285186039646 n

437 rumah terjejas dalam insiden letupan paip gas

Dalam perkembangan lain, sejumlah 437 rumah dikenal pasti terjejas akibat insiden yang berlaku pada Selasa lalu.

“Sebanyak 81 rumah telah dikategorikan sebagai musnah sepenuhnya, dengan kemusnahan struktur melebihi 40 peratus, sementara 81 lagi rumah diklasifikasikan sebagai separa musnah. Sementara itu, 57 rumah terbakar namun tidak mengalami kerosakan pada struktur utama rumah,” jelas Amirudin Shari.

Selain itu, baki 218 rumah yang diperiksa didapati tidak terjejas oleh bencana tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri turut memberi kelulusan kepada 151 rumah yang telah disahkan selamat untuk memulakan proses pemulihan, dengan penduduk yang terjejas dibenarkan untuk kembali ke kediaman mereka.

Sumber: Buletin TV3, (2)

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.