Sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassing mengumumkan bantuan One Off kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
Dalam perutusan khas itu beliau berkata ia akan memanfaatkan 132 ribu penerima dengan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.
Malah turut diberikan ialah pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun, turut dipendekkan tempoh berkenaan kepada hanya lima tahun.
Kerajaan kini memberi layanan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama tujuh tahun.”
Perkara diumumkan perdana menteri dalam pengumuman Pakej Bantuan Khas hari ini.