Keadaan banjir di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia masih belum reda. Banyak kawasan perumahan telah dinaiki air berikutan hujan lebat yang turun tidak berhenti.
Terkini, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) turut terkesan dengan bencana ini. Laluan ke utara tanah air menggunakan lebuhraya ini dinaiki air menyebabkan jalan utama tidak boleh dilalui.
Korang boleh tengok keadaan lebuhraya itu yang dinaiki air dalam video @hardy6119 di bawah.
@hardy6119 PLUS highway KM32.1 tenggelam jalan utara selatan terputus hubungan. Bandar jitra sesak sekali lg sbb trafik divert masuk sini. #banjirkedah #prayforkedah🔰 #banjir2024
Artikel berkaitan: Trak ATM Tergelincir Semasa Redah Banjir Tidak Libatkan Pelajar SPM
Artikel berkaitan: Terjatuh Dalam Air Banjir, Bayi Berusia Setahun Meninggal Dunia
Dalam video di atas kita boleh lihat kedua-dua laluan ke utara dan selatan telah ditenggelami air banjir.
Banjir di KM32.1 PLUS itu telah menyebabkan Bandar Jitra, Kedah sesak dengan kenderaan yang terpaksa mengubah haluan.
Untuk pengembara yang ingin menggunakan lebuhraya tersebut, sila gunakan laluan alternatif seperti jalan kampung untuk ke destinasi anda dengan selamat.