Semua rakyat Malaysia yang sebelum ini dilaporkan terkandas akibat banjir Indonesia, khususnya di Sumatera telah berjaya dihubungi dan disahkan berada dalam keadaan selamat.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dalam satu kenyataan semalam.
Menurut kenyataan tersebut, bantuan konsular akan diteruskan kepada rakyat Malaysia yang terjejas susulan bencana berkenaan.
Konsulat Jeneral juga menjalankan lawatan terhadap 135 pelajar Malaysia di Medan yang turut terkesan bagi memastikan kebajikan mereka terjamin serta mengagihkan bantuan makanan.

Artikel berkaitan: Pasukan Penyelamat Terima Ugutan & T*mbakan Semasa Nak Bantu Mangsa Banjir Di Hatyai
Artikel berkaitan: Mesej Palsu Konon Dah Nazak Jejaskan Misi Bantuan Banjir Di Hatyai
Rakyat Malaysia yang merancang untuk melawat kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, selain menyemak status perjalanan dan tahap keselamatan dengan ejen pelancongan atau pihak berkaitan sebelum memulakan perjalanan.
Konsulat Jeneral menasihatkan mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan agar segera menghubungi pejabat mereka di Medan melalui talian kecemasan atau e-mel yang disediakan.

Menurut Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, keadaan semasa di kawasan yang terjejas dilaporkan semakin pulih, dan aktiviti harian masyarakat, khususnya di Kota Medan, kini kembali berjalan seperti biasa.
Sumber: Astro Awani
