Seperti yang kita sedia maklum, beberapa kawasan di Lembah Klang telah terjejas teruk akibat banjir besar. Walaubagaimanapun, sejak semalam air sudah mula surut dan orang ramai telah mula kembali ke rumah untuk sesi mengemas.
Taman Sri Muda, kawasan yang teruk dilanda banjir juga telah mula surut airnya dan dengan itu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengepam keluar air sebanyak 30,000 meter padu dari kawasan itu ke Sungai Klang.
Menurut K! Online, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan bahawa proses itu telah dimulakan sejak awal pagi semalam dengan menggunakan empat unit pam.
“Setakat ini JPS sedang menunggu 11 lagi unit pam tambahan dari JPS Kelantan Perlis dan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME) Ipoh, Perak yang akan digunakan di lokasi-lokasi banjir genang di sekitar Selangor” – KASA
Ujarnya lagi, dua unit pintu air juga dibuka selepas paras air di Sungai Klang dan juga beberapa kawasan sekitar Taman Sri Muda telah mula surut secara berperingkat. Keadaan akan dijangka kembali pulih dalam 72 jam.
Selain itu, KASA juga memaklumkan bahawa pihak mereka akan sentiasa memberi status terkini berkaitan dengan situasi yang melibatkan paras air sungai dan juga ramalan cuaca dari semasa ke semasa.
Ini kerana, walaupun paras air beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan juga Selangor sudah mula turun tapi ianya masih berada di paras amaran dan juga waspada. Oleh itu, orang ramai diminta untuk bersedia dan berhati-hati.
Lega min rasa bila banyak tempat dah mula surut… Bantuan dari orang ramai pun memudahkan lagi keadaan mangsa-mangsa banjir.
Baca: “Pintal buih jadi permaidani?” – [VIDEO] Wow! Rupanya Ini Fenomena Laut Biasa Berlaku Lepas Banjir