in

“Bangsa jin pun ada pangkat…” – Individu Kongsi Pengalaman Ubat Orang Kerasukan Jin

syaz ft 2024 07 29T152257.253

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda seorang yang sering menonton filem di Netflix, pasti akan terjumpa filem dari Indonesia yang berjudul Munkar, ia kini sedang menduduki carta Top 10 Malaysia dalam laman penstriman tersebut.

Filem itu terdapat babak di mana ketika seorang ustaz cuba mengeluarkan jin daripada badan seorang wanita dengan membaca ayat suci Al-Quran namun ‘jin’ itu tidak mengerang sebaliknya mengikut bacaan ayat itu.


Artikel berkaitan: 5 Filem Rasukan Paling Seram Yang Korang Kena Tengok!

Artikel berkaitan: Lelaki Menjerit & Dirasuk Jam 4 Pagi, Penduduk Panggil Polis Untuk Bantu Halau Hantu

Seorang individu di laman X berkongsi, ia merupakan sesuatu yang boleh berlaku dan dia sendiri pernah mengalami situasi sebegitu.

Pengguna X @ArepJawa yang juga seorang doktor gigi itu berkongsi ketika dia mengubati wanita itu bukan sahaja dia mengikut bacaan ayat kursi malah jin itu juga memberikan provokasi terhadapnya.

“Sambil jin tu cakap, dia pandang aku & senyum sinis lalu ketawakan aku. Kawan dia serumah semua takut dah.

Hakikatnya, sebenarnya jin tu berada dalam kesakitan disebabkan oleh ayat-ayat Allah. Tapi disebabkan dia ego, dia tahan lah sakit tu. Apa aku buat lepastu?

Aku baca surah al-Jin. Jin tu masih ikut tapi sampai ayat 5 je. Masuk ayat ke-6, raut wajah perempuan tu berubah. Jin tu mendengus marah. Kini, giliran aku berkata.

‘Haa apahal? Apahal berhenti? Haa ikutlah lagi. Kata lagi tua. Kata kuat’,” tulisnya.

Dia kemudian berkongsi jin ini memang ada dan tidak dapat disangkal lagi, cuma sebagai hamba, kita perlu meletakkan segala-galanya kepada Allah SWT.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.