Meskipun Sajat sudah meninggalkan kediamannya kira-kira 4 tahun lalu, rumah banglo miliknya yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya itu masih tidak berpenghuni sehingga kini.
Menerusi hantaran Facebook seorang ejen hartanah, Ishaq Marazi, rumah berkenaan sehingga kini masih belum ada pembida walaupun sudah tahun 2025.
Menurut Ishaq, rumah berkenaan telah dilelong dengan harga RM3.79 juta dalam satu acara lelong yang diadakan pada 5 Mac lalu, namun malangnya tiada pembida.
Next round akan lelong RM3.4 juta. Sedangkan dulu Sajat beli RM7.5 juta. Rumah orang kaya memang agak susah nak dapat pembida,” katanya.
Artikel berkaitan: Sajat ‘Tayang’ Rumah Baru di Australia, Seronok Ramai Ambik Berat Tentang Dirinya di Sana
Artikel berkaitan: “Masih tiada pembida” Banglo Nur Sajat Turun Harga, Kini Dilelong Dengan Harga RM4.21 Juta
Jelas Ishaq, hal ini berlaku kerana pembida yang bakal membida rumah itu juga terdiri daripada orang-orang ‘berada’ yang mempunyai pilihan tersendiri.
Sebabkan pembida pun orang kaya juga. Dia orang ada pemilihan tersendiri dalam membeli rumah. Agak detail juga dari segi design, layout, material, facade dan sebagainya.
“Mereka ada taste masing-masing. Abam ada ramai buyer contact nak viewing tapi malangnya rumah lelong tak boleh view dalam rumah. Ini adalah faktor terbesar kenapa rumah lelong itu murah.
“Kadangkala sampai separuh harga saja,” katanya.
Harap-harap adalah pembeli. Tidaklah rumah sebesar itu nanti kosong saja tak berpenghuni.
Sumber: Facebook