Ibu negara Thailand yang sebelum ini dikenali dengan nama Bangkok telah diberikan nama baru, Krung Thep Maha Nakhon. Sedap bunyinya!

Pejabat Diraja Thailand (ORST) dengan rasminya mengumumkan perkara tersebut pada Selasa selepas ahli kabinet meluluskan draf Pejabat Perdana Menteri mengenai pertukaran nama, seperti yang dicadangkan oleh ORST.
Nama Bangkok akan diletakkan dalam kurungan.
Dalam laporan Bangkok Post, Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchda Dhanadirek memberitahu, tidak banyak yang berubah apabila nama baharu itu diperkenalkan, ini kerana nama Krung Thep Maha Nakhon, hanya akan digunakan sebagai nama dan urusan rasmi bandar raya itu dan nama Bangkok masih ditulis dalam kurungan sebagai rujukan.
Reaksi pelbagai oleh orang ramai.
Menerusi Facebook ORST, dinyatakan bahawa kedua-dua nama itu – Krung Thep Maha Nakhon dan Bangkok, boleh digunakan. Penjelasan itu dibuat selepas pengumuman perubahan nama itu mengundang kritikan awam.
ORST juga mengemas kini ejaan rasmi untuk negara-negara lain, termasuk Rom dan Roma untuk ibu negara Itali, perubahan ibu negara Myanmar dari Yangon kepada Nay Pyi Taw dan perubahan Kerajaan Nepal kepada Republik Demokratik Persekutuan Nepal.
Asli betul bunyinya kan?
Baca: Dah Ready Nak Bercuti? Kerajaan Thailand Rancang Buka Sempadan Malaysia-Thai Bulan Depan!