Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila lima ekor kucing dilaporkan mati dalam cara yang mengerikan di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terkemuka.
Mulanya, pihak polis mengesahkan bahawa kematian kucing-kucing berkenaan adalah disebabkan serangan anjing liar namun, ramai netizen khususnya aktivis haiwan menolak kenyataan itu kerana kesan potongan dan kelar terhadap kucing itu terlalu ‘bersih’.
Artikel berkaitan: “Ada seekor lagi”- IPTA Sahkan Kucing M*ti Dalam Keadaan Ngeri Kerana Anjing Liar, Tapi Ramai Tak Setuju?
Artikel berkaitan: Ramai Sebak Tengok Lebih 400 Ekor Kucing Di Pusat Jagaan Haiwan Jadi Mangsa Banjir
Terbaru, seekor lagi kucing ditemukan mati di IPTA tersebut semalam, difahamkan bangkai haiwan itu ditemui berhampiran pusat gimnasium universiti berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) menerusi satu kenyataan di media sosial hari ini.
Menurutnya, penemuan itu dimaklumkan kepada Pejabat Keselamatan sebelum laporan polis dibuat.
View this post on Instagram
“Saya sudah berhubung dengan Pejabat Keselamatan dan meminta mereka memperketatkan kawalan kemasukan ke Kampus.
Kami juga dalam proses untuk mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup),” kata kenyataan itu.
Bukan sahaja bangkai kucing ditemui di kawasan tersebut malah ada juga bangkai seekor anjing ditemui di situ.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu ia masih dalam proses siasatan awal.
Sumber: Instagram, Harian Metro