Kalau korang suka scroll X, mesti korang pernah tengok admin pasar raya Mydin selalu mempromosikan barangan yang dijual dengan cara yang sangat kreatif. Kebanyakan tweet admin Mydin juga dilihat santai dan bersahaja sehingga menarik perhatian netizen.
Baru-baru ini, tular gelagat bersahaja admin Mydin berbalas tweet dengan admin pasar raya Lotus’s di platform X mengenai harga ayam mentah dan akhirnya dibalas dengan gambar sebuah banglo.
Apa kaitan ayam mentah dengan banglo?
Sembang pasal subsidi ayam mentah
Seperti yang semua sedia maklum, subsidi ayam mentah akan ditamatkan bermula 1 November 2023. Walau bagaimanapun inisiatif daripada pihak Mydin, mereka masih menawarkan harga ‘rahmah’ untuk para pelanggan iaitu RM7.99 untuk sekilo ayam mentah.

Di ruangan reply dalam tweet tersebut, admin pasar raya Lotus’s sempat meninggalkan komen di samping mempromosikan ayam mentah yang dijual di pasar raya mereka.

Artikel berkaitan: “Saya akan continue Menu Rahmah ini” – Bos MYDIN Sebak Mengenang Pemergian Salahuddin Ayub
Artikel berkaitan: Pengumuman cuti khas lewat buat perusahaan tanggung rugi – Ameer Ali Mydin
Boss Mydin join reply
Ruangan balas tweet ini semakin rancak apabila Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin turut memberi pendapatnya.

Admin pasar raya Lotus’s juga tidak melepaskan peluang memberi pendapatnya mengenai loss leader. Dia juga membahasakan dirinya sebagai ‘Bang lo’, singkatan daripada ‘Abang Lotus’s’.

Admin Mydin reply gambar banglo
Disebabkan admin Lotus’s menamakan dirinya sebagai ‘Bang lo’, admin Mydin santai membalas tweet itu dengan gambar sebuah banglo usang.

‘Drama’ berbalas tweet oleh kedua-dua admin pasar raya ini membuatkan netizen terhibur. Ramai yang mula faham kaitan gambar rumah banglo tersebut dengan pasar raya Lotus’s.

Mula-mula min pun pelik kenapa gambar rumah banglo.. Bila baca reply baru faham.. hehe
Sumber: X
