in

Balu Panik Rumah Kena Lelong Sebab Arwah Suami Tak Beli Insurans Waktu Buat ‘Loan’

Balu 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai aspek perlu diambil kira jika mahu membeli rumah. Bukan sahaja membayar harga rumah yang dipromosikan, malah si pembeli juga harus bersedia dengan wang sampingan untuk memastikan tiada kesan buruk terjadi pada masa hadapan.

Seorang ejen hartanah menerusi Facebook miliknya telah berkongsi kisah seorang wanita yang terpaksa mengosongkan rumah kerana ia akan dilelong dalam masa terdekat.


Suami meninggal, rumah kena lelong

Dalam hantaran tersebut, Rubi Hasman berkata dia telah mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita telah menjadi balu. Kata Rubi, suara wanita itu dalam nada tegas dan cemas.

Puan tolong saya puan. Saya tak tahu nak buat apa dah.

Artikel berkaitan: Terkejut Rumah Flat ‘Extend’ Sampai 3 Tingkat, Netizen Tanya Mana Pihak Berkuasa

Artikel berkaitan: Pernah Seminggu Tak Ada Pelanggan, Netizen Sedih Lihat Kegigihan Pasangan Ini Niaga Nasi Bajet Depan Rumah

Rupa-rupanya, balu tersebut baru sahaja mendapat notis pengosongan rumah kerana ia bakal dilelong pada 11 Mac 2024 ini. Rumah itu sahaja harta peninggalan arwah suami dan tempat untuk dia dan anak-anak berteduh.

Rumah yang dibeli tiada insurans

Balu tersebut juga baru mengetahui rumah yang mereka duduki selama ini tidak mempunyai perlindungan insurans, jadi dia terpaksa akur dan menanggung akibatnya.

Beliau kata lepas suami meninggal baru tahu rupanya dulu masa buat loan di bank suami tak ambil insurans sekali.

Rubi juga memperingatkan orang ramai supaya menyemak semula dokumen pinjaman rumah dan pastikan juga rumah tersebut mempunyai perlindungan insurans. Pemilik rumah juga perlu tahu manfaat insurans rumah yang diambil.

Kalau ada, berapa amount, berapa lama tempoh dan apa coveragenya. Kalau tak ada, sila ambil. Kita tak tahu masa depan kita. Siapa yang akan pergi dulu.

Jadi, sediakan perlindungan untuk aset kita supaya tak susahkan waris di kemudian hari. Kita yang buat loan, orang lain yang kena sambung bayar. Tak syok la macam tu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar urusan balu tersebut dipermudahkan.

Balu 1 Balu 2

Moga urusan anak tu dipermudahkan… harap dapat settle..

Sumber: Facebook

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.