‘Suasana’ indah berubah menjadi tegang antara Iqbal Zulkefli dan bersama bekas majikannya Dato’ Seri Vida (DSV) yang kini dalam lamunan cinta.
Hubungan mereka dikatakan mendapat tentangan hebat daripada anak-anak DSV terutamanya Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.
DSV kuat cemburu?
Isu hubungan antara usahawan bersama bekas pembantu peribadinya ini kembali menjadi perhatian setelah Iqbal baru-baru ini ada membuat satu pendedahan tentang hubungan mereka sejak Iqbal menjadi pembantu peribadi DSV beberapa tahun lepas.
Katanya, selepas dia dibuang kerja, DSV cari Iqbal balik untuk bekerja dengannya dengan menawarkan beberapa manfaat seperti rumah banglo bernilai RM 2 juta dan kereta mewah.
Bagaimanapun katanya, dia tak menerima sebarang tawaran tersebut memandangkan dia kini mempunyai perniagaan sendiri.
Mengimbau zaman dia bekerja di syarikat DSV, Iqbal pernah menyatakan bahawa dia memerlukan sebuah kereta, tetapi kereta jenis Mercedes yang dia hajatkan itu akan di bayar menggunakan duitnya sendiri.
Namun begitu, Iqbal menyatakan bahawa DSV memberitahu orang lain bahawa Iqbal meminta-minta.
Katanya jika saya punya kereta, akan ada ramai perempuan suka pada saya.”
Jawab tuduhan mahukan harta DSV
Dalam pada itu, Iqbal tampil beri respon berkenaan dengan dakwaan mengenai dirinya yang dikatakan hanya kejar harta DSV.
Tidak perlu hairan jika saya mahu berikan nafkah RM 1juta sebulan kepada beliau.”
Katanya lagi, disebabkan isu nak beli kereta, mereka berdua bertelingkah sampai berlaku insiden serangan fizikal.
Perasaan cemburu beliau terlalu kuat. Beliau membaling selipar pada muka saya.”
Tambahnya lagi, dia telah dibuang kerja secara mengejut dan diarahkan keluar serta merta.
Teringat bagaimana beliau merayu untuk saya bekerja, sebelum saya tamat belajar, padahal saya tolak tawaran-tawaran kerja yang lebih lumayan di tempat lain.”
2018 memang kami benar-benar mahu berkahwin. Namun, tentangan yang sangat dahsyat
Setelah mereka berdua semula baru-baru ini, Iqbal menyatakan dia terlalu kecewa dengan DSV…
Kata Iqbal lagi, dia tidak kisah dikecam masyarakat kerana orang diluar tidak tahu keadaan sebenar.
Baca : “Mak dia tak jelaskan betul2” – Iqbal ‘Salahkan’ DS Vida Sebab Anak Tak Kasi Kahwin?