Pihak polis telah menahan 5 orang ramaja yang dipercayai membaling batu dan kayu ke arah kenderaan yang melalui Lebuh Raya Senawang – Seremban di kilometer 253.3 yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata kesemua mereka yang berumur 14 dan 15 tahun itu ditahan antara 5 petang dan 7 malam semalam dan hasil siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan malakukan kegiatan tersebut sekadar ‘suka-suka’.
Tiga daripada remaja itu ditahan di substesen Tenaga Nasional Berhad di Bandar Seremban Selatan manakala dua lagi ditahan di Taman Seremban Jaya.
@ismet_66Seremban Senawang Pedajai baling Batu di Highway..♬ bunyi asal – TUAN SADEK SEGARAGA
Tambah Arifai lagi, pihaknya akan memohon tahanan reman ke atas remaja-remaja berkenaan untuk siasatan lebih lanjut selain penahanan tersebut diharapkan dapat dijadikan tauladan selain tidak mahu perkara itu berlaku lagi di kawasan berkenaan.
Terdahulu, pihak polis diberitakan cuba mengesan empat pelaku yang terlibat dalam kejadian tersebut susulan daripada laporan yang dilakukan oleh seorang pemandu lori yang mendakwa kenderaannya telah dibaling objek ketika melalui lebuhraya berkenaan.
Susulan kejadian tersebut, pemandu lori berkenaan kerugian sebanyak RM1,000 akibat insiden tersebut.
Baca : Bomba Keluarkan Remaja 16 Tahun Tersangkut Dalam Buaian Kanak-kanak