Kalau sebelum ini, pernah tular mengenai kisah seorang pakcik yang mengalami kencing manis sehingga kakinya terpaksa dipotong akibat tidak menjaga makan.
Kali ini, tular mengenai seorang remaja lelaki yang baru berusia 21 tahun tapi dah kena kencing manis sampai kena potong kaki.
Artikel berkaitan: “Syarat sangat ketat” – Kencing Manis, Darah Tinggi & 4 Penyakit Kronik Yang Tak Layak Tunai Haji
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tak Amal Makanan Sihat, Pakcik Kongsi Sebab ‘Hilang’ Sebelah Kaki
“Balik sekolah je beli, balik sekolah je beli”
Menerusi perkongsian TikTok @kedidi_kakipalsu, ia telah berkongsi kisah mengenai adik Mahathir yang baru berusia 21 tahun tapi sudah menghidap kencing manis.
Menurut Mahathir, kaki kirinya dipotong pada seminggu sebelum bulan puasa pada tahun ini dan ia disebabkan penyakit kencing manis yang dihadapinya.
Malah dia juga memberitahu, punca dia menghidap penyakit itu adalah kerana sikapnya yang gemar meminum air gas setiap kali pulang dari rumah.
Dulu banyak minum air (manis) daripada makanan. Minum air Long Chan. Balik sekolah je beli, balik sekolah je beli,” katanya.
Bila ditanya apakah perasaannya setelah ‘hilang’ sebelah kaki, Mahathir mengakui dia susah untuk berjalan dan berasa susah untuk melakukan sebarang pekerjaan.
Dia juga memberitahu, sebelum kakinya dipotong, dia pernah bekerja di sebuah restoran makanan segera dan kini dia bersyukur kerana mendapat bantuan kaki palsu daripada pihak berwajib.
“Mahalnya sebuah kesihatan”
Rata-rata netizen berasa simpati dengan nasib yang dialami oleh adik Mahathir dan berharap agar mereka di luar sana menjaga kesihatan dan pemakanan supaya tidak menghidap penyakit berbahaya ini.
Jagalah pemakanan korang kalau tak nak perkara macam ni berlaku.
Sumber: TikTok