in

“Balalah kepada kau” – Dah Lama Sabar Kena Caci, Aishah GV Bagi Amaran Kepada Diva AA

Aishah 7

Baru-baru ini, salah seorang peserta legend All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Aishah telah tersingkir pada minggu keempat. Namun dikatakan ada individu yang tak senang duduk dengan penyanyi tersebut.

Seperti hantaran yang dimuat naik oleh Aishah di Instagram, dia menunjukkan beberapa tangkap layar status oleh pengacara yang sering menimbulkan kontroversi, Azwan Ali atau Diva AA.

Status Diva AA itu jelas ditujukan kepada Aishah kerana dia turut meletakkan gambar penyanyi tersebut beserta ayat cacian. Salah satunya, Diva AA memerli Aishah yang tersingkir sehingga menyentuh isu keturunan. Uish betul ke ni?

Artikel berkaitan: “Asal kau nak maki anak aku?” – Che Ta Berang Diva AA Tiba-tiba Petik Nama Anaknya?

Artikel berkaitan: Kongsi Detik Ketika Dirawat, Diva AA Tetap Akan ‘Bermulut Laser’  Walaupun Baru Sembuh Dari Sihir

Aishah 9 Aishah 10 Aishah 11

Namun, untuk kali ini Aishah berkata dia tidak akan berdiam diri. Dalam caption hantaran itu, Aishah berkata dia sudah lama bersabar dengan Diva AA yang pernah mencacinya sebelum ini.

Disebabkan Diva AA telah menghina keluarga dan keturunannya, dia tidak teragak-agak untuk menyaman pengacara itu.

This time I take serious offence kerana dia mencuit keturunan dan family. Please delete Azwan Ali. Jangan sampai I have to take you to court.

Aishah merasakan tohmahan dari Azwan Ali itu sudah melampau dan melebihi limit sabarnya. Dia memohon agar Allah memberi pembalasan yang setimpal kepada Diva AA.

I takkan ampunkan you menghina keturunan I. Bala lah kepada kau Azwan Ali

Hantaran ini juga turut mendapat reaksi para netizen. Rata-rata memberi semangat kepada Aishah dan berpesan untuk tidak mengendahkan kata-kata Diva AA.

Aishah 1  Aishah 3

Sebaiknya kita berhati-hatilah dalam meninggalkan sebarang komen mengenai seseorang. Bimbang mengguris hati mereka. 

Sumber: Instagram