Remaja sekarang, ramai yang rasa dorang dah besar atau kelakar sangat, sampai dorang tak boleh fikir benda yang dorang buat tu menyusahkan orang lain.
Baru-baru ni, seorang pengguna Twitter kongsikan video berdurasi tiga saat menunjukkan seorang pekerja restoran mamak sedang berusaha keluarkan cawan yang dilekatkan di atas meja menggunakan gam gajah.
Menurut pengguna Twitter ini, “prank” tersebut dilakukan oleh sekumpulan budak sekolah menengah berusia bawah 17 tahun di salah satu cawangan Restoran Thaqwa. Korang tengoklah sendiri betapa gigihnya pekerja mamak ni nak keluarkan gam gajah tu.
https://twitter.com/tehpeng_/status/1167716778165719040?s=12
Tambah lelaki ni lagi, budak-budak yang lepak kat kedai mamak tu memang macam orang tak ada adab lah. Katanya setiap kali perempuan lalu, dorang sibuklah cat call perempuan-perempuan tu. Gangster habislah ni?
Rata-rata netizen pun memang tak puas hati dengan tindakan budak-budak yang merosakkan harta benda awam ni. Mana taknya, dorang ni generasi yang bakal memimpin negara satu hari nanti, lagi setahun dua pun dah boleh mengundi, takkan benda macam ni pun tak boleh nak fikir kan?
Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga kan? Admin pasti ramai je budak-budak sebaya dorang ni yang tak berperangai macam ni, tapi kalau korang jumpa segelintir budak-budak yang buat perangai macam ni, jangan biarkan. Elok diazankan telinga dorang ni, baru tahu sikit.