in

Bakal Didakwa Atas Kes Hantaran Jelik, Adeline Chang Tiba Di Mahkamah Dengan Alice

Adeline Dan Alice Chang Di Mahkamah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sering terpalit dengan pelbagai kontroversi di media sosial, salah seorang daripada adik beradik Chang, Adeline difahamkan akan didakwa di mahkamah hari ini atas kesalahan membuat hantaran jelik terhadap seorang kanak-kanak pada Jun lalu.

Menurut Guang Ming Daily, Adeline yang datang bersama Alice Chang dengan menaiki e-hailing tiba di mahkamah pada jam 8.37 pagi untuk kes tersebut.


464387447 956323676520606 3734439935912476505 N

Sebaik tiba, Adeline dilihat bergegas ke kaunter mahkamah untuk bertanyakan mengenai maklumat lanjut, manakala Alice pula dilihat bercakap dengan wartawan.

Agak mengejutkan apabila dilaporkan Alice tiba-tiba mendedahkan yang dia kini sedang hamil, namun enggan memberikan sebarang butiran lanjut mengenai hal itu.

Artikel berkaitan: Wanita Cium Doh Tipu Identiti Untuk Cari Kerja Baru Dekat Kedai Aiskrim

Artikel berkaitan: “Kami telah lakukan sanitasi” – Alice Chang Buat Hal Lagi, Segera Dipecat Nando’s Pada Hari Pertama Kerja

Terdahulu, pada 23 Jun lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan kerjasama PDRM telah merakam percakapan seorang individu yang juga pemilik akaun Facebook ‘Adeline Chang’ di Ibu Pejabat  Polis Daerah Petaling Jaya, berhubung hantaran jelik terhadap seorang kanak-kanak.

MCMC memaklumkan rakaman percakapan itu susulan aduan yang diterima suruhanjaya berkenaan terhadap ‘Adeline Chang’ yang dipercayai memuat naik gambar seorang kanak-kanak berserta kapsyen bersifat jelik.

2306 Mcmc Adeline Chang

Mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan, wanita berkenaan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Guang Ming Daily, Berita RTM

Sumber: Facebook
Sumber: Berita RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.