in

“Bakal ada gelombang baru?” – Ini Senarai 4 Negara Yang Buat Lockdown Balik

Ft Negara Yang Buat Balik Lockdown

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang petugas kesihatan sebelum ini ada membuat satu kenyataan yang mengundang rasa bimbang rakyat Malaysia dimana akan wujud gelombang baharu menjelang Disember nanti.

Kata Dr Azfar Kamal yang bertugas di Hospital Sungai Buloh menerusi Twitter miliknya, lonjakan kes akan berlaku dalam masa 2 minggu lagi, lapor Astro Awani.


Untuk pengetahuan perkara ini juga sudah berlaku di beberapa buah negara dan ada beberapa negara yang sudah mula melaksanakan perintah berkurung semula, berikut senarai-senarai negara tersebut.

 

1. China

Negara Yang Buat Balik Lockdown

Bulan Oktober lalu, China melaksanakan lockdown di dua sempadan belah utara selepas negara itu mencatatkan 9 kes baru Covid-19. 5 dari 9 kes ini ditemui di kawasan barat laut, Xian di Wilayah Shaanxi dan 2 lagi dikesan di daerah barat.

Malah, minggu lepas pihak berkuasa Beijing telah menutup sebuah pusat membeli belah dan membuat perintah berkurung di beberapa residensi apabila dapat mengesan kes virus tersebut, lapor india.com.

 

2. Austria

Negara Yang Buat Balik Lockdown 2

Austria kini sedang melaksanakan perintah berkurung untuk orang yang tidak divaksin di 2 wilayah yang dilanda teruk dan kelihatan langkah serupa akan dilaksanakan di seluruh negara.

Mulai Isnin lepas, orang yang tidak divaksinasi di wilayah Upper Austria dan Salzburg hanya akan dibenarkan keluar rumah atas sebab tertentu yang perlu, seperti membeli barangan runcit atau pergi berjumpa doktor.

Canselor Austria, Alexander Schallenberg menegaskan beliau dan pemimpin wilayah merancang untuk memberi kelulusan untuk melaksanakan langkah-langkah itu di seluruh negara.

 

3. Netherlands

Negara Yang Buat Balik Lockdown 3

Netherlands melaksanakan semi-lockdown selama tiga minggu pada waktu peningkatan kes Covid-19.

Lockdown berkuat kuasa pada malam Sabtu lepas, bar, restoran dan pasar raya perlu ditutup pada pukul 8 malam.

Selain itu, perlawanan sukan profesional akan dimainkan di stadium kosong dan orang ramai digesa untuk bekerja dari rumah. Kedai yang menjual barangan tidak penting perlu ditutup pada jam 6 petang.

 

4. Latvia

Negara Yang Buat Balik Lockdown 4

Salah satu negara yang paling kurang divaksin di Eropah itu telah mengumumkan lockdown COVID-19 selama 4 minggu untuk mengekang jangkitan.

Semasa penutupan, orang ramai telah diminta untuk tinggal di rumah dari 8:00 malam hingga 5:00 pagi dan hanya kedai yang menjual barangan keperluan akan terus dibuka. Bagi penyediaan perkhidmatan lain, kecuali yang penting ditutup, lapor india.com.

Selain lockdown, ada juga beberapa negara Eropah yang banyak beli kelonggaran sebelum ini sudah mula dan merancang untuk ketatkan peraturan balik :

Norway

Menurut sumber,  Norway sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula langkah-langkah pencegahan wabak di seluruh negara bagi membendung peningkatan kes koronavirus, termasuk menggunakan pas kesihatan.

Germany

Pusat kawalan penyakit German meminta orang ramai untuk membatalkan atau mengelak acara besar dan mengurangkan kontak mereka rentetan dengan peningkatan drastik kes Covid-19 di negara tersebut

Menurut pusat itu, kadar jangkitan di German meningkat dalam tempoh tujuh hari. German melaporkan 48,640 kes baharu pada hari Jumaat lepas, sehari selepas jumlah harian melebihi 50,000 buat kali pertama.

Negara itu juga akan memperkenalkan ujian Covid-19 percuma. Selain itu, penggubal undang-undang German sedang mempertimbangkan undang-undang yang akan membuka jalan kepada langkah baharu seperti kewajipan memakai pelitup muka dan penjarakan sosial di tempat awam.

Republik Czech

Kerajaan Czech telah mengetatkan sekatan dan meminta kanak-kanak menjalani ujian COVID-19 sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan peningkatan mendadak dalam kes baru-baru ini.

Semua pihak dari sekolah rendah dan menengah dikehendaki menjalankan ujian saringan keatas 1.4 juta pelajar di negara itu, kata Menteri Pendidikan Robert Plaga.

Iceland

Awal bulan lalu, Iceland adalah salah satu negara pertama di dunia yang menarik balik semua sekatan akibat Covid-19 untuk pelancong yang divaksin,

Namun mereka mengetatkan semula peraturan tersebut untuk memutuskan rantaian penularan dengan mengehadkan bilangan kapisiti pengunjung dalam perhimpunan awam daripada 500 kepada 50 orang.

Selain itu, kolam renang dan dewan sukan dibenarkan beroperasi pada kapasiti 75 peratus.

 

Baca : “Pusat Covid sedang buat persediaan” –  Doktor Beri Amaran Gelombang Baru Covid-19 Dijangka Berlaku Bulan Depan

Collage 34

Sumber: CGTN
Sumber: CNN
Sumber: China Daily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.