Kemelut rumah tangga pengarah tersohor Syamsul Yusof masih belum reda, pun begitu dia menyatakan ini merupakan ujian baginya dan keluarga untuk mendekatkan diri dengan Tuhan.
Dalam laporan Utusan Malaysia, dia menyatakan keadaan emosinya serta isteri keduanya, Ira Kazar masih terkawal dengan memperbanyakkan ibadah walaupun dihujani dengan pelbagai kecaman buruk daripada pelbagai sudut.
https://www.instagram.com/p/CnOHxKbvEGM/
“Baik Sarah atau Ira, kedua-duanya adalah kekuatan saya. Ini adalah satu fasa ujian dalam hidup. Apa yang masyarakat luar cakap, seburuk mana pun kecaman, kita kena kuat.
Saya ada bersembang tentang kemelut yang berlaku dengan Ira. Mestilah, kami suami isteri. Ketika sedang makan, berbual tentang dugaan yang perlu kami tempuh bersama.
Alhamdulillah, semuanya masih terkawal. Kena banyakkan solat dan kuatkan semangat. Ujian Allah beri kan,” ujarnya.
Selain itu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu juga menepis dakwaan di mana Ira sebelum ini dikatakan sering datang ke set penggambaran dan membuat akaun palsu untuk mengganggu keluarganya.
“Saya minta maaf. Alhamdulillah, isteri kedua saya memang dengar kata saya. Dia tak pernah keluar kenyataan apa pun. Kalau ada pun sikit sahaja, pasal Ira buat akaun palsu. Sejauh mana kebenaran itu?
Bila kita bicara pasal akaun palsu susah nak buktikan. Ibu saya, ayah saya mengganggu. Sekali lagi anda yakin isteri kedua saya yang buat? Bukan saya nak back up Ira. Cuma sejauh mana kebenarannya,” katanya.
Hmm, moga yang baik-baik je lah untuk keluarga ini…