Pengorbanan seorang isteri dalam melahirkan anak adalah satu perkara yang tidak ternilai dengan harta apapun di dunia ini. Baik bersalin secara normal ataupun bersalin secara caesarean, kedua-duanya sesuatu yang boleh mengancam nyawa si ibu.
Namun ada juga golongan lelaki yang memandang rendah wanita yang bersalin secara caesarean (czer) dan menganggap tubuh mereka sudah rosak kerana pembedahan itu.
Artikel berkaitan: “Isteri sarat mengandung, anak tiap hari menangis” – Keluarga Mohon Orang Ramai Kesan Faizal Ahmad
Artikel berkaitan: Pesakit Trauma Doktor Didakwa Terpotong Pundi Kencing Sepanjang 7CM Ketika Pembedahan ‘Czer’
“Tak nak I dapat wife rosak”
Perkara inilah yang terjadi kepada seorang wanita di TikTok yang mendedahkan suaminya berubah sikap apabila dia memberitahu bahawa dia terpaksa menjalani pembedahan demi melahirkan anak mereka.
Menerusi perkongsian mesej di aplikasi Whatsapp, dapat dilihat sikap suaminya berubah apabila dia memberitahu dia terpaksa menjalani pembedahan caesarean dan lelaki itu juga mengatakan bahawa dia tidak mahu mempunyai isteri yang ‘rosak badannya’.
Sayang tak payahlah. Rosak badan tu. Sayang buat hal eh. Tak nak I dapat wife rosak. Umur macam ni nak operate buat apanya.
“Baik I kahwin dengan orang lain je. Yang elok sihat lagi. B*d*h gila,” tulis mesej itu.
Walau bagaimanapun, wanita itu dilihat masih memujuk suaminya dengan menghantar pelbagai mesej menjelaskan keadaan dirinya yang baru selesai menjalani pembedahan.
Menurut wanita itu juga, suaminya tiada ketika pembedahan berlaku dan setelah kejadian itu, berlaku perebutan anak apabila suaminya menuduh dia tidak memberi hak penjagaan.
Keluar dari operation room, dalam keadaan bius lagi, tanya misi nak phone dulu. Buka chat kena maki sebab emergency czer?
“Hari sama juga I pujuk dia elok-elok spam chat semua hanya untuk dilayan macam itu. I juga masuk operation room sendiri semua tanpa kehadiran dia. Semua ini dah berlalu namun masih sakit.
“Dia boleh cakap dengan I, dengan family I tak bagi dia hak jaga while dia tak ada pun di samping I. Asyik judge I sebagai ibu kepada seorang anak,” tulisnya wanita ini di ruang kapsyen.
“Tolong doktor, czer lelaki ini”
Posting ini mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata mengecam sikap lelaki tersebut yang tidak memberi sokongan kepada isteri dan menghinanya hanya kerana dia melalui pembedahan ceasarean.
Beranak normal atau caesarean dua-dua alami sakit yang sama. Janganlah kita beza-bezakan. Hanya ibu yang menanggung sahaja yang faham situasi itu.
Sumber: TikTok